Pages

Friday, May 27, 2011

Tugasan LAI @ Pasuruan : Motivasi Belajar


NOR ASIYAH BT MD SALLEH
JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
LATIHAN AMALI INDUSTRI UKM

Motivasi Pelajar
Pengenalan
Setiap pelajar itu tentunya seorang manusia yang memerlukan pengisian rohani. Motivasi yang dimiliki oleh setiap orang adalah berbeza. Ada yang punya motivasi yang tinggi dan ada  yang punya motivasi yang rendah. Orang yang mempunyai motivasi yang tinggi akan sentiasa ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Manakala orang yang mempunyai motivasi yang rendah, rentak dan usaha kearah kecemerlangan akan perlahan.
       Seberapa kuat motivasi yang dimiliki individu akan banyak menentukan terhadap kualiti perilaku yang ditampilkannya, baik dalam konteks belajar, bekerja mahupun dalam kehidupan lainnya.
       Kajian tentang motivasi telah sejak lama memiliki daya tarikan tersendiri bagi golongan pendidik, pengurus dan peneliti, terutama dikaitkan dengan kepentingan upaya pencapaian prestasi seseorang.
Definisi
       Motivasi berasal dpd perkataan latin “movere” bermaksud menggerak.
       Aktiviti yg terbit dari dalam diri.
       Ada dalam semua manusia.
       Berasaskan keperluan dan proses yang berterusan.
       Penyebab kita melakukan sesuatu.
       Boleh memberi kepuasan kepada individu.

Proses Motivasi
  1. Keperluan yg belum dipenuhi (need).
  2. Wujudnya tekanan (Penggerak).
  3. Menjadi dorongan (Tonjol tingkah laku).
  4. Mengambil tindakan.
  5. Keperluan dipenuhi (Tercapai / tidak).
  6. Mendapat kepuasan (Maklum balas)

Pada dasarnya, setiap orang itu mempunyai dua faktor yang membuatkan dirinya termotivasi :
Pertama :

1.      Faktor Internal dimana terbentuk daripada kesedaran diri dan pemahaman seseorang betapa pentingnya belajar untuk mengembangkan dirinya dan sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan. Kesedaran daripada diri sendiri akan menjadikan kesannya lebih impak dan sangat berkesan.

2.      Faktor External dimana terbentuk hasil rangsangan daripada orang lain contohnya daripada guru, penceramah, ibu bapa dan lain-lain. Faktor ini juga termasuk dengan faktor luaran iaitu faktor sekeliling samada daripada masyarakat, alam sekitar dan juga faktor kawan-kawan. Selalunya faktor ini hanya memberi kesan yang sebentar berbanding dengan seseorang yang termotivasi hasil daripada faktor dalaman.

Justeru itu, ada beberapa cara yang boleh dikemukakan sebagai cara untuk memotivasikan diri. Sebenarnya cara bagaimana untuk memotivasikan pelajar bergantung kepada setiap pelajar dan orang yang mahu memberi motivasi. Ertinya, setiap cara atau teknik motivasi itu bergantung kepada situasi pelajar tersebut.


Cara motivasi belajar :

       ·         Menetapkan visi atau matlamat
Setiap pelajar haruslah mempunyai visi dan misi untuk belajar. Mengapa dan kenapa seseorang itu belajar. Seseorang itu hendaklah sentiasa mengemukakan pelbagai persoalan dalam dirinya untuk memberi kesedaran kepada dirinya tentang hakikat seorang pelajar. Mengapa dia harus ke sekolah? Untuk apa dia belajar? Kenapa mesti cemerlang? Kenapa? Mengapa? Bagaimana?

  • Tidak menganggap belajar sebagai satu bebanan

Mahu belajar? Malas? Itu adalah penyakit yang ada dalam diri pelajar. Setiap manusia punya penyakit itu iaitu penyakit MALAS. Justeru itu, anggaplah belajar itu adalah satu permainan yang sangat menyeronokkan. Satu aktiviti yang sangat memberi keasyikan disamping memberi manfaat kepada pelajar. Sesuatu perkara jika kita lakukan tanpa rasa beban tidak sesekali memberi tekanan dan stress kepada kita. Contohnya, kanak-kanak yang suka bermain bola sepak. Bagi orang yang tidak suka bermain bola sepak, dia akan menganggap bola sepak itu satu permainan yang memberi tekanan kepada pemain dan orang yang menontonnya kerana hanya berebutkan sebiji bola tetapi harus berlari satu padang yang besar. Tetapi bagi orang yang menyukainya ia merasakan sebaliknya, dimana disitulah terdapat keseronokannya bermain bola. Boleh melepaskan tekanan dan stress belajar.

       ·   Fokus

Sebuah ungkapan yang sangat bagus untuk memotivasikan pelajar adalah :
“ kehidupan tidak akan pernah menjadi luar biasa tanpa fokus, dedikasi dan disiplin”

Dengan fokus, maka akan membuat anda lebih tajam dalam menentukan sasaran. Ibaratnya, sinar matahari tidak akan boleh membakar  kertas, akan tetapi jika sinar ini difokuskan dengan kanta pembesar, sinar ini mampu membakar bukan hanya kertas sahaja bahkan boleh membakar seketul daging sehingga masak. Itulah kuasa FOKUS!!.

  • Tidak ada istilah menyerah dalam kamus hidup.

Setiap usaha pasti ada kegagalannya. Ada kejatuhannya. Anda juga pasti pernah gagal!!Benar?
Tetapi orang yang mahu berjaya, dan punya motivasi dirinya akan sentiasa menganggap setiap kegagalan dan kejatuhan itu sebagai dorongan kepada dirinya. Pastinya tidak ada istilah putus asa atau “ give up”. Jika istilah itu pernah ada dalam kamus anda padamkan ia.

  •  Perlu ada kesabaran dan waktu.

Setiap perkara yang anda mahu lakukan mesti punya kesabaran. Ada sifat sabar maka akan ada hasilnya. Setiap kejayaan yang diperoleh itu ada prosesnya. Oleh itu anda perlu sabar dalam menjalani proses menerima kejayaan.


Tips Meningkatkan Motivasi Pelajar
1.     -   Bergaullah dengan orang yang suka belajar.
·         Ada pepatah yang mengatakan “ sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan mendapat bau wanginya, sesiapa yang berkawan dengan pengutip sampah akan peroleh bau busuknya”. Sepertimana yang sudah sedia maklum, antara faktor kejayaan seseorang itu adalah sekelilingnya. Jika dia berteman dengan orang yang sentiasa positif maka dia akan sentiasa optimis.

2.     -   Belajar apa sahaja.
·         Sebagai seorang pelajar, perlu ada sifat ingin tahu yang tinggi, sifat mahu mengetahui apa sahaja. Sebagai seorang pelajar juga, kesediaan untuk belajar apa sahaja harus ada kerana pada usia yang muda ini, pelbagai ilmu yang harus dipelajari dan difahami sebagai bekalan akan datang.

3.      -  Belajar dari internet.
·         Orang yang suka belajar akan sentiasa berusaha mendapatkan dan mencari apa sahaja sumber ilmu samada dari buku, teman-teman mahupun dari internet. Dunia yang serba canggih ini telah menjadikan segalanya menjadi mudah dengan maklumat hanya di hujung jari. Belajarlah apa yang baik daripada internet. Ambil yang jernih buang yang keruh.

4.     -  Bergaullah dengan orang yang optimis dan selalu berfikiran positif.
·         Pergaulan seseorang sangat mempengaruhi seseorang. Sepertimana dapat kita lihat di pentas dunia sekarang banyak sekali masalah sosial, masalah yang melibatkan remaja kerana pergaulan mereka yang salah. Mereka sering salah memilih kawan, sahabat mahupun teman. Oleh itu, pilihlah sahabat atau teman yang boleh memberikan motivasi dan dorongan kepada kita, sahabat yang boleh berkongsi masalah kerita suka dan duka. Pilihan yang tepat akan membantu kita berada dalam keadaan yang positif.

5.      -  Cari motivator.
·         Setiap pelajar mesti ada pengajarnya. Begitu juga antara langkah mendapatkan motivasi adalah dengan mencari siapa yang boleh memberi motivasi kepada dirinya. Tentulah seorang motivator. Carilah, berkawanlah, belajarlah dari seorang motivator, nescaya diri anda akan sentiasa termotivasi.
  
Kesimpulan
Secara ringkasnya, seorang individu itu sangat memerlukan motivasi untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan cemerlang. Tanpa motivasi “booster” dalam diri tidak akan keluar untuk member kelajuan maksima kepada individu dalam mencari kebaikan dan kecemerlangan dalam hidup. Hiduplah dengan penuh termotivasi khususnya sebagai seorang pelajar kerana rintangan ketika menjadi seorang pelajar sangatlah berat, jika dirinya tidak diisi dengan motivasi rentak dan usaha kearah kecemerlangan akan perlahan.
Pada dasarnya, cara mendapatkan motivasi bergantung kepada dirinya sendiri. Kebijakkannya mengaplikasikan faktor sekeliling sebagai pencetus motivasi adalah satu tindakan yang sangat bijak. Kembali menjadi hamba Allah yang yang paling taat perintahNya juga akan mendapatkan motivasi, kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah kembali kepada Allah nescaya engkau akan mendapat petunjuk.

1 comment:

  1. Lengkap banget artikel motivasinya. Mulai dari yang terkecil dan dimulai dari sekarang

    ReplyDelete