Pages

Sunday, May 12, 2013

Catatan Untuk 5 Tahun Akan Datang!




12 Mei 2013 [ 2 Rejab 1434] : Mungkin ini tarikh yang baik untuk saya memulakan menulis sesuatu di skrin laptop anda. Sebuah tarikh yang menyatukan sahabat manis saya Maisya Ismaon dengan suaminya Faizal Ahmad. Dan kini mereka mempunyai seorang srikandi bernama Ulen Nuoha..^__^
Perang PRU 13 semakin reda walau berlaku kebangkitan anak-anak muda dan kebangkitan melawan ketidatelusan SPR sepanjang general election 5 Mei baru-baru ini di sana sini. Terkini di Ipoh, Perak dengan tema “Blackout” anak muda cuba bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan keputusan PRU13  baru-baru ini.

Ustazah di Jalanan

Dari sisi saya, belum ada kesempatan untuk bersama-sama rakyat Malaysia menyatakan ketidakpuasan hati ini. Kedah kembali ke tangan Be End. Itu realiti sekarang. Selepas kami menikmati pemerintahan seorang ulama oleh Ust Azizan bin Abd Razak. Memang pahit menelan kekalahan ini, namun kami redha jika peperangan ini dilaksanakan dengan telus. Kami tidak redha atas penipuan. Realiti politik Malaysia sekarang. Malah di Baling sendiri dah muncul politik rasuah untuk memastikan kemenangan BN di Baling. Sayu melihat wajah-wajah p.cik-p.cik dan anak muda penyokong PAS di malam pengumuman PRU di Dewan Tun Abd Razak. Kami [saya dan sahabat2 usrah] dari awal sudah dimaklumkan bahawa Baling akan kalah dan Kedah bakal akan diambil BN terus menukar reaksi wajah dari bersemangat kepada sayu dan lemah. Tidak mengapa, kami bermuhasabah, mungkin kami tidak cukup berjuang lagi. Memang dalam masa seminggu ini, topic PRU paling hangat di bincangkan hatta di kalangan pelajar sekolah. Biasala bila anak murid ternampak ustazah mereka berada di jalanan untuk kempen parti pembangkang, lagi panas provokasi pelajar-pelajar. Sabar jela nama pun anak murid..^_^




Ujian demi Ujian

Dua tiga hari ini, kita sering mendapat khabaran – khabaran sedih. Peristiwa sedih (pada perkiraan sebahagian manusia yang 'sedar') selepas PRU 13 :
-TG Nik Aziz mengundur diri dari jawatan MB (atas faktor usia dan kesihatan)
-Ustaz Azizan bertarung nyawa di hospital dan kehilangan kedua belah kaki beliau
-TG Haji Hadi dalam sebak meninggalkan wasiat kepada anak muda
Adakah ini 'isyarat dari langit' bahawa masa mereka semakin hampir? Siapa yang akan mengganti 'kerusi' mereka kelak?
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu secara sekaligus. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama. Apabila tidak tersisa lagi orang yang berilmu, maka manusia mengangkat pemimpin yang bodoh, mereka ditanyai dan berfatwa tanpa didasari ilmu, mereka sesat lagi menyesatkan.”
(Imam Bukhari dan Muslim)


Tanam Tunas Baru

Kata sahabat saya, pendekkan masa bersedih, lajukan langkah bergerak untuk kemenangan Islam! Tersentap dari kata-kata ini, saya BANGKIT melawan emosi dan rasa di hati. Siapa saya untuk Islam. Islam sikitpun tidak memerlukan saya, tapi saya yang memerlukan ISLAM. Mahukah Islam dengan saya? =_=..
Kami mengatur langkah dan strategi. Strategi menanam tunas-tunas baru. Tunas-tunas yang akan menjadi asset dan penyumbang kepada kemenangan Islam. Kami mulakan dengan Program Mukhayyam Tarbawi khusus kepada pimpinan SMA Yayasan Khairiah hujung bulan ini kemudian di teruskan dengan Kem Khalifah Kecil 2.0. Insyallah doakan semuanya Berjaya!

Jom Daftar segera!

Kenangan bersama sahabat dan adik2 di Replika Kapal Terbang di Batu Besar, Sik





No comments:

Post a Comment