Pages

Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Catatan Untuk 5 Tahun Akan Datang!




12 Mei 2013 [ 2 Rejab 1434] : Mungkin ini tarikh yang baik untuk saya memulakan menulis sesuatu di skrin laptop anda. Sebuah tarikh yang menyatukan sahabat manis saya Maisya Ismaon dengan suaminya Faizal Ahmad. Dan kini mereka mempunyai seorang srikandi bernama Ulen Nuoha..^__^
Perang PRU 13 semakin reda walau berlaku kebangkitan anak-anak muda dan kebangkitan melawan ketidatelusan SPR sepanjang general election 5 Mei baru-baru ini di sana sini. Terkini di Ipoh, Perak dengan tema “Blackout” anak muda cuba bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan keputusan PRU13  baru-baru ini.

Ustazah di Jalanan

Dari sisi saya, belum ada kesempatan untuk bersama-sama rakyat Malaysia menyatakan ketidakpuasan hati ini. Kedah kembali ke tangan Be End. Itu realiti sekarang. Selepas kami menikmati pemerintahan seorang ulama oleh Ust Azizan bin Abd Razak. Memang pahit menelan kekalahan ini, namun kami redha jika peperangan ini dilaksanakan dengan telus. Kami tidak redha atas penipuan. Realiti politik Malaysia sekarang. Malah di Baling sendiri dah muncul politik rasuah untuk memastikan kemenangan BN di Baling. Sayu melihat wajah-wajah p.cik-p.cik dan anak muda penyokong PAS di malam pengumuman PRU di Dewan Tun Abd Razak. Kami [saya dan sahabat2 usrah] dari awal sudah dimaklumkan bahawa Baling akan kalah dan Kedah bakal akan diambil BN terus menukar reaksi wajah dari bersemangat kepada sayu dan lemah. Tidak mengapa, kami bermuhasabah, mungkin kami tidak cukup berjuang lagi. Memang dalam masa seminggu ini, topic PRU paling hangat di bincangkan hatta di kalangan pelajar sekolah. Biasala bila anak murid ternampak ustazah mereka berada di jalanan untuk kempen parti pembangkang, lagi panas provokasi pelajar-pelajar. Sabar jela nama pun anak murid..^_^




Ujian demi Ujian

Dua tiga hari ini, kita sering mendapat khabaran – khabaran sedih. Peristiwa sedih (pada perkiraan sebahagian manusia yang 'sedar') selepas PRU 13 :
-TG Nik Aziz mengundur diri dari jawatan MB (atas faktor usia dan kesihatan)
-Ustaz Azizan bertarung nyawa di hospital dan kehilangan kedua belah kaki beliau
-TG Haji Hadi dalam sebak meninggalkan wasiat kepada anak muda
Adakah ini 'isyarat dari langit' bahawa masa mereka semakin hampir? Siapa yang akan mengganti 'kerusi' mereka kelak?
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu secara sekaligus. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama. Apabila tidak tersisa lagi orang yang berilmu, maka manusia mengangkat pemimpin yang bodoh, mereka ditanyai dan berfatwa tanpa didasari ilmu, mereka sesat lagi menyesatkan.”
(Imam Bukhari dan Muslim)


Tanam Tunas Baru

Kata sahabat saya, pendekkan masa bersedih, lajukan langkah bergerak untuk kemenangan Islam! Tersentap dari kata-kata ini, saya BANGKIT melawan emosi dan rasa di hati. Siapa saya untuk Islam. Islam sikitpun tidak memerlukan saya, tapi saya yang memerlukan ISLAM. Mahukah Islam dengan saya? =_=..
Kami mengatur langkah dan strategi. Strategi menanam tunas-tunas baru. Tunas-tunas yang akan menjadi asset dan penyumbang kepada kemenangan Islam. Kami mulakan dengan Program Mukhayyam Tarbawi khusus kepada pimpinan SMA Yayasan Khairiah hujung bulan ini kemudian di teruskan dengan Kem Khalifah Kecil 2.0. Insyallah doakan semuanya Berjaya!

Jom Daftar segera!

Kenangan bersama sahabat dan adik2 di Replika Kapal Terbang di Batu Besar, Sik





Tuesday, February 5, 2013

Nak keluar dari Gua!



Bismillahirahmanirahim…

Saya sedang cuba untuk keluar dari gua untuk terjun ke dunia penulisan blog. Moga Allah mudahkan. Diam tak diam, hamper setahun saya tidak mengupdate blog. Biasalah bila zaman facebook dan twitter yang semakin mendapat tempat golongan muda. Saya pun salah seorang yang sentiasa mengupdate isu semasa melalui facebook dan twitter. 

Sekarang tahun 2013. Sudah sebulan tahun 2012 meninggalkan saya. Banyak kenangan 2012 yang tidak saya coretkan dalam blog ini. Mungkin malami ni Allah beri sedikit kekuatan untuk menulis sesuatu di dada blog ni. Mungkin sedikit sebanyak perkembangan diri. 

Jun 2012, bulan yang lalui dengan penuh sebak, emosi, nervous dan sebagainya. Kerana apa? Kerana bulan2 terakhir di bumi UKM. Banyak aktiviti yang saya dan sahabat2 lakukan bersama-sama dengan alasan selepas ini susah untuk berjumpa. Banyak perkara!

Saya rindukan sahabat-sahabat seperjuangan saya ini! Masih tak cukup korum..

Perbincangan masa depan.
Sambung belajar?
Kahwin?
Cari kerja?
Semua perkara camni kami fikir sama-sama. 

Alhamdulillah saya dan sahabat-sahabat dapat grade dengan jayanya!

Hari demi hari, bulan ganti bulan.. semua tu dah pun berlalu. Kini saya berada pada tarikh 5 Februari 2013. Ada perancangan yang kami buat dapat direalisasikan, ada yang masih pending dan ada yang sudah menjadi angan-angan sahaja. 

Benda yang paling saya ingat adalah penglibatan saya bersama sahabat-sahabat dalam menubuhkan sebuah syarikat consultant iaitu SMART LEGACY. Alhamdulillah SMART LEGACY sekarang semakin bergerak maju walau saya sudah tidak setia dengannya atas sebab keadaan dan situasi yang menghalang saya berkhidmat 100% dengan mereka.. Maafkan saya..~

Kini. Saya sebagai seorang guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar. Mengajar dalam pelajaran Pendidikan Islam.  Allahuakbar, banyak hikmah yang Allah tunjukkan kepada saya tentang dunia dakwah. Ternyata anak-anak kawasan anda masih ramai yang tidak mahir dalam perkara asas fardu ain.. Orang kampong hang beb!!
Bersama sepupu Yana Samsudin (pelakon) di SMA Yayasan Khairiah

Insyallah ini adalah step yang pertama untuk tahun 2013 ini. Doakan saya untuk terus menulis..
Sekian..





Thursday, June 7, 2012

Mungkin tiada tajuk.



Bismillahirahmanirahim..

Sedikit coretan pada malam ini, sebagai satu hint untuk melajukan lagi jemari ini menulis selepas ini.

Berbagai isu bermain di kepala untuk dijadikan bahan utama dalam penulisan kali ini. Sebabnya sudah lama tidak mengupdate blog.

Allah.. banyak perkara yang sudah berlaku dalam hidup selama beberapa bulan ini. Allah, hamba apakah seperti ini. Mulut sentiasa menyatakan kecintaan kepadaMu, tetapi tindakan ini, tidak sehebat mana pun. Memang jeles melihat sahabat2 yang hebat berdakwah dengan penyampaian dakwah mereka yang berkesan. Aku?? Hanya pandai berangan-berangan.

Pernah sekali aku dijemput ke ceramah sempena Hari Ibu di Merbau Pulas. Allah, entah apa yang aku sampaikan. Kata sahabat yang meng’adjust’ aku untuk ceramah nie, ini satu permulaan yang baik dalam usaha untuk melebarkan sayap kepada masyarakat.


Sesuatu yang baru dalam diri saya!


Terkesan dengan kata-kata murabbi semasa Kem Tahun Akhir pada bulan lepas. Masalah mahasiswa adalah hanya pandai memberikan idea-idea yang idealistik. Tetapi apabila sampai tahap untuk melaksanakan kepada masyarakat ramai yang gagal. Kenapa?

Saya lontarkan persoalan ini kepada anda!

Saya semakin menghampiri detik-detik terakhir dalam pengajian di peringkat ijazah di UKM ini. Apa sahaja yang aku buat sepanjang tiga tahun ini..? Saya lontarkan persoalan ini kepada diri saya sendiri. (^__^).

-----------------------------------------------------------


Sebenarnya, saya baru je balik dari Malam Tadabbur Kasih bersama pimpinan ISIUKM sesi 12/13, mantan-mantan pimpinan, crew FII 12 dan pimpinan PMUKM. Terasa ukhhwah yang saya rasa tidak seperti dulu. Kenapa? Mungkin sekarang masing sibuk dengan hal masing-masing. Saya sendiri yang masih serabut kepala dengan beberapa hal yang belum disetelkan. Insyallah moga Allah mudahkan. 


Saya sangat rindukan suasana dan insan-insan ini..;(

Apa-apa pun cinta dan kasih-sayang saya buat mereka masih sama. Dan ikatan ukhhwah ini akan saya pegang erat sampai bila-bila!.


Akhir kalam, moga Allah redha dengan kalam saya pada malam ini.
Ambillah apa yang baik, dan buang apa yang keruh~

Wassalam.



Wednesday, February 15, 2012

Seranglah bukan Sorang ...!


Setelah berdebar untuk melihat keputusan peperiksaan bagi sem 1 tahun terakhir di UKM ni, akhirnya debaran itu berakhir.. Saya bukanlah yang cemerlang, tapi syukur dengan apa yang diberikan sesuai dengan kadar usaha saya.

Hari demi hari berlalu, minggu depan dah nak masuk semester terakhir. Rasa baru sahaja nak memulakan langkah dalam gerak kerja. Apa yang saya mahu kongsikan di sini  adalah sebuah kisah yang moral ceritanya berkaitan dengan komunikasi.

-------------------------------------------------

Tersebut al-kisah.. Kerajaan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka mengalami krisis peperangan. Terdapat pasukan musuh yang sudah bersiap sedia di pesisiran pantai untuk menggempur Melaka. Maka, sultan pun memanggil  para hulubalang, laksamana dan semua orang besar istana untuk membincangkan hal tersebut.

Sultan itu  berkata : " Negeri kita sekarang berada di hujung tanduk. Kita bakal diserang pada bila-bila masa sahaja. Bukan kita takut, tetapi bala tentera kita sudah dihantar ke sempadan untuk menyerang negeri jiran. Apa pandangan datuk-dartuk sekalian?"

Datuk Bendahara memberi pandangan : " Saya cadangkan kita menghulurkan jalan perdamaian dengan baik. Kita jemput mereka dan berbincang, Jika tuntunan mereka mampu untuk kita tunaikan, apa salahnya. asalkan negeri kita tidak ditakluk oleh mereka."

Datuk Laksamana menyanggah. " Hamba tidak bersetuju! Melayu apa kita jika tunduk kepada musuh sebelum bertarung? Mana maruah dan jati diri kita? Islam tidak mengajar kita tunduk kepada musuh yang tidak seakidah dengan kita !"

Oleh itu, Datuk Laksamana memberi idea untuk mengumpulkan bala tentera daripada semua tanah jajahannya. Semua orang bersetuju dengan cadangan Datuk Laksamana  tersebut. Datuk Laksama pergi menghadap Sultan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bantuan. Sultan Nogori bersetuju tetapi dengan syarat, tentera dari Negeri Sembilan yang akan mengetuai peperangan tersebut. Datuk Laksamana terpaksa mengalah. Maka kemenangan moral berpihak kepada Sultan Negeri Sembilan.

Akhirnya, pertembungan  berlaku, pihak musuh iaitu Portugis cuba untuk menyerang tentera di Melaka. Sultan Negeri Sembilan yang mengepalai peperangan tersebut menggunakan strategi iaitu mengecat perut buncit tentera mamak dengan bentuk bulat kerana akan dilihat seperti meriam apabila dilihat dari jarak jauh. Portugis gerun dengan keadaan ini. Lama- kelamaan mereka telah sedar bahawa mereka telah tertipu. Maka, serangan besar telah bermula. 



Panglima Negeri Sembilan berkata : " Apabila hamba minta serang barulah kita semua serang!"

" Baiklah!!!!" jawab para tentera.

Saat itulah dengan penuh semangat  panglima Negeri Sembilan menyeru para hulubalang. Namun tanpa disangka-sangka, di saat yang genting dan mencemaskan itu, panglima itu terlah tersalah menggunakan dialek daerahnya.

"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
           Akibatnya, para hulubalang pun keluar berdepan dengan musuh sorang demi sorang. Akhirnya Melaka kalah dan ditawan oleh pihak Portugis..Hanya kerana berlaku sedikit kesilapan dalam komunikasi, ia telah menyebabkan kecelakaan yang sangat besar.



p/s : Saya suka guna loghat bahasa kampung saya, tetapi tengok jugak dengan siapa kita bercakap. Kalau kelik kapung, komfem bahasa Baling yang akan guna.

Tuesday, December 27, 2011

DIALOG CIKGU DAN BUDAK DARJAH 3


Budak: Cikgu, kenapa org dewasa jahat? Tak suka buat baik? Tak suka agama? Banyak cerita sebut tentang pemimpin tak adil, kisah raja yang zalim, kisah kaum-kaum yang dimurkai Allah, sejak dulu sampailah sekarang. Kenapa macam tu cikgu? Kenapa dorang macam tak suka Islam, tak suka ajaran Allah?

Cikgu: Baik. Saya tanyakan kamu balik. Bila seseorang, mak atau ayah suruh kamu solat, kamu terus buat dengan senang hati ATAU buat dengan rasa terpaksa, berlengah-lengah, malas-malas dan bermacam-macam alasan?



Budak: Kadang-kadang saya buat dengan senang hati, tapi banyaknya yang macam cikgu sebut tadi tu la. 

Cikgu: (senyum) Sama juga dengan orang-orang yang kamu sebut tadi, mereka juga berasaskan benda yang sama yakni "Tak suka, malasnya." pada suruhan agama. Iman dan akal sentiasa akan dilawan hebat oleh dua musuh ketat, iaitu NAFSU dan SYAITAN. 


Budak: (mengangguk-angguk. entah faham, entah tidak). Cikgu, kan best bila dunia ni semua pemimpinnya adil dan sukakan Islam? Rindu nak ada pemimpin cinta Allah macam Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Cikgu: Cikgu pun. (tersenyum...dalam hati berkata:"banyak lagi yg tidak difahami oleh seorang budak kecil tentang dunia penuh tipuan.")

Fitrah seorang kanak-kanak juga mahukan seorang pemimpin yang adil, beriman dan penuh dengan kewibawaan seorang pemimpin, Seorang kanak- kanak juga mendambakan seorang pemimpin yang bisa memandu dirinya ke arah satu matlamat hidup yang jelas dan baik serta diredhai oleh Allah.




Ermm..lantas mengapa diri kita masih menyokong dan berdokong di bawah pimpinan seorang pemimpin yang jelas tidak akan mampu membawa kita ke arah mardhotillah. Carilah pemimpin yang akan membawa kita kearah jalan yang lurus. Dan kita juga mesti terus berusaha untuk menajdi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan berwibawa sebagaimana Saidina Umar Al-Aziz, sebagaimana Sultan Ahmad Al-Fateh dan tokoh-tokoh pemimpin Islam yang lain..

Ayuh berubah!

- asiyah yusra-


Wednesday, April 27, 2011

BAS SHAMISHA & Aku



Wajah bas Shamisha..;-)


Sejak akhir-akhir ini seringkali saya mendengar orang bicarakan tentang pengorbanan? Ada apa dengan pengorbanan? Macam ada apa dengan cinta lak..;-)..
Alhamdulillah kampung halaman dah dijenguk..
taman bunga dah disiram..
rumah dah dihias..

Pejam celk pejam celik, lima hari berada di rumah, tiba masanya kembali ke bumi UKM..
Perjuangan dan tuntutan terhadap diri ini mesti ditunaikan sekalipun hati meronta untuk terus menetap di kampung beberapa hari lagi.. Itulah yang dinamakan PERNGORBANAN. Tetapi sejauhmana pengorbanan kita terhadap agama Islam ini berbanding pengorbananan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat. Jika kita telusuri  jalan dakwah Rasulullah, kita akan dapati betapa sukar dan payahnya untuk menikmati dan menyebarkan Islam berbanding hari ini. Tetapi sejauhmana umat Islam zaman sekarang mengetahui sedemikian? kesusahan Rasulullah dalam memberi kita merasai nikmat iman dan Islam, adakah kita menggunakan segala kemudahan yang ada pada ketika ini sebagai medium dakwah?

Bercakap pasal pengorbanan ini, ada satu kisah ketika mana saya dalam bas Shamisha Holdings tiket berharga rm53 dari Baling ke Kajang, saya ternampak seorang Pak Cik ni di lampu isyarat sambil memegang iron board. Padahal dia hanya naik motosikal sahaja dikala waktu itu hujan turun. Terus terdetik di hati saya, Ya allah besarnya pengorbanan seorang ayah sanggup meredah hujan membawa iron board untuk keluarganya. Jika difikirkan secara logik akal, iron board itu bukanlah satu perkara yang penting. Tetapi kerana ia menjadi keperluan kepada keluarganya, dia sanggup meredah hujan membawa balik barang tersebut untuk keluarganya. Terus hati ini sayu mengenangkan arwah Abah. Mungkinkah begitu sewaktu arwah Abah ada..bersusah payah menjaga dan membesarkan kami adik beradik, mencari rezeki dan memastikan keselesaan buat anak-anaknya..Sayunya hati ini.

Nah! Sekarang waktu kita pula untuk membuktikan bahawa segala pengorbanan ibubapa kita selama ini tiada sia-sianya. Buktikan! Salurkan pengorbanan kita itu kepada jalan dakwah seperti jalan yang sudah diajar oleh Rasulullah. Kitalah penyambung warisan dakwah ini. Jangan biarkan hanya kita sahaja yang menikmati nikmat iman dan islam ini, sehingga mengabaikan orang sekeliling yang dahagakan makanan rohani untuk sama-sama menikmati kemanisan iman. Dan! Tanpa kita sedari, saham kebaikan yang kita lakukan pasti akan disalurkan juga kepada ibu bapa yang telah melahirkan insan yang hebat seperti anda!