Pages

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Ya Allah...Hancurkan Rejim Bashar !


Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi berucap di Doha, Qatar berkaitan Syria~ 
"Saya bersumpah ...dengan nama ALLAH Yang Maha Agung bahawa pertolongan semakin hampir, kemenangan semakin dekat, bahawa kita bakal meraikan kemenangan kita di Syria dan menyeru kepada tentera (Syria) agar berada bersama-sama rakyat."

**Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.




Sejak Mac 2011 yang lalu, Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.

Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Allahu Rabbi ..
Saya antara insan yang kurang mengupdate tentang isu ini.. Membaca coretan ringkas ini cukup memberi 'hint' kepada saya bahawa isu ini bersifat global, bukan sekadar berlegar dalam negara Syria sahaja. Umat Islam mesti mengetahui isu aqidah ini. Adakah Presiden Bashar membunuh rakyatnya oleh sebab perbezaan pegangan kefahaman...?? 

Ini antara persoalan yang masih dalam pencarian.. keep searching.~


p/s : Umat islam mesti kaya dengan thaqafahnya..

Thursday, February 2, 2012

Fuhhh..Tersentap!!!

Selesai menonton satu lagi klip video ceramah Habib Ali Al-Jufri berkenaan Nikah [Sunnah dan Adab Majlis Kahwin]. Bertepatanla dengan akan berlangsungnya majlis perkahwinan Presiden ISIUKM Saudara Mohamad Hafizan Abdul Hamid pada Sabtu ini, 4 Februari di rumahnya Seremban. Beberapa hari yang lepas, kakak junior PKMK [Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah] juga telah selamat diijabkabulkan.. Tahniah kak Solehah Abu Bakar..  tetapi bukan isu ini yang mahu dibicarakan, tetapi poin yang penting adalah NIAT.


Majlis walimah Ust Hafizan 4 Feb nanti di Seremban [foto walimah di Sik]


Menurut Habib Ali Al-Jufri dalam satu klip ceramahnya yang bertajuk Bagaimana Kita Memandang Orang Yang Berbuat Dosa, beliau sangat menyentuh hatiku dan menyedarkanku, dimana beliau membawa contoh seorang abid dengan seorang yang a’si yang bertembung dalam satu perjalanan. Sungguh, hanya kerana niat yang berprasangka sahaja, awan yang sentiasa melindungi orang yang abid tadi terus berubah tempat kepada orang yang a’si oleh kerana si abid tadi berprasangka kepada si a’si. Itulah Maha Penyayang dan Maha Adilnya Allah. Allahu Rabbi.



Terimbau kembali, aktiviti –aktiviti yang telah dilaksanakan 2 minggu yang lepas di Kedah. Sebelum pulang, sememangnya runsing juga kerana terpaksa tinggalkan gerak kerja di Bangi ini, tetapi memandangkan aulawiyat ketika itu adalah mengikuti program di Langkawi, Allah gerakkan juga kakiku ke sana. Alhamdulillah, Allah pertemukan juga dengan gerakan yang sefikrah dan sama-sama bergerak kerja untuk memenangkan Islam. Allah menghantar aku ke sana untuk membantu saudara-saudara di sana. Alhamdulillah secara tak langsung dapat juga bagi sumbangan kepada MTD Air Hangat dan Nisa Langkawi.  Itulah yang dikatakan NIAT. Bila kita betulkan NIAT, insyallah Allah akan sentiasa melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukaiNya.

Bersama pimpinan muslimat MTD Air Hangat


Selesai program di Langkawi, Allah hantar aku ke Bendang Man, Sik untuk sama-sama menggerakkan program QTC SMAYK, iaitu sebuah program kepimpinan untuk pelajar sekolah lamaku.. NIAT ku ketika itu, hanyalah untuk memberi kefahaman erti kepimpinan yang sebenar, erti berdakwah sesama sendiri, erti berukhwah.. Walau masa yang ada sangat singkat, tetapi pengharapan dan tawakkal kepada Allah cukup menenangkan diriku, kerana aku tahu proses tarbiyah ini bukan berlaku sekali dua, tetapi mestilah berpanjangan..

Peserta QTC 2012 seramai 110 orang..

Dan kini, aku kembali ke Bangi.. Sememangnya family dekat rumah terkilan kerana sat [bahasa Kedah] sangat berada di rumah, padahal cuti 1 bulan.. Niat..Niat.. Aku nekad kembali juga ke Bangi kerana tuntutan tanggungjawab yang belum selesai. Aku hanya berpegang, kepada keyakinan kepada Allah.. jika benar tindakan kita, insyallah Allah akan permudahkan..


Sandarkanlah keyakinan kepada Allah, Allah yang mencipta kita, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Allah lebih mengetahui apa yang tertanam di lubuk hati manusia, lebih mengetahui apa yang kita rasa, apa yang kita perlukan.. tinggal kita sahaja yang mesti sentiasa berdoa kepadaNya. Allah tidak kedekut, tetapi kita yang malas dan sombong untuk meminta dariNya.. 


Kata Allah : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akanku perkenankan doamu..” 
[Al-Mukmin :60]
Allah..Allah..

 p/s : Jika ada sebarang kesalahan dan kekurangan dalam penulisan ini,sila 'buzz'kan..~

Tuesday, December 27, 2011

DIALOG CIKGU DAN BUDAK DARJAH 3


Budak: Cikgu, kenapa org dewasa jahat? Tak suka buat baik? Tak suka agama? Banyak cerita sebut tentang pemimpin tak adil, kisah raja yang zalim, kisah kaum-kaum yang dimurkai Allah, sejak dulu sampailah sekarang. Kenapa macam tu cikgu? Kenapa dorang macam tak suka Islam, tak suka ajaran Allah?

Cikgu: Baik. Saya tanyakan kamu balik. Bila seseorang, mak atau ayah suruh kamu solat, kamu terus buat dengan senang hati ATAU buat dengan rasa terpaksa, berlengah-lengah, malas-malas dan bermacam-macam alasan?



Budak: Kadang-kadang saya buat dengan senang hati, tapi banyaknya yang macam cikgu sebut tadi tu la. 

Cikgu: (senyum) Sama juga dengan orang-orang yang kamu sebut tadi, mereka juga berasaskan benda yang sama yakni "Tak suka, malasnya." pada suruhan agama. Iman dan akal sentiasa akan dilawan hebat oleh dua musuh ketat, iaitu NAFSU dan SYAITAN. 


Budak: (mengangguk-angguk. entah faham, entah tidak). Cikgu, kan best bila dunia ni semua pemimpinnya adil dan sukakan Islam? Rindu nak ada pemimpin cinta Allah macam Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Cikgu: Cikgu pun. (tersenyum...dalam hati berkata:"banyak lagi yg tidak difahami oleh seorang budak kecil tentang dunia penuh tipuan.")

Fitrah seorang kanak-kanak juga mahukan seorang pemimpin yang adil, beriman dan penuh dengan kewibawaan seorang pemimpin, Seorang kanak- kanak juga mendambakan seorang pemimpin yang bisa memandu dirinya ke arah satu matlamat hidup yang jelas dan baik serta diredhai oleh Allah.




Ermm..lantas mengapa diri kita masih menyokong dan berdokong di bawah pimpinan seorang pemimpin yang jelas tidak akan mampu membawa kita ke arah mardhotillah. Carilah pemimpin yang akan membawa kita kearah jalan yang lurus. Dan kita juga mesti terus berusaha untuk menajdi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan berwibawa sebagaimana Saidina Umar Al-Aziz, sebagaimana Sultan Ahmad Al-Fateh dan tokoh-tokoh pemimpin Islam yang lain..

Ayuh berubah!

- asiyah yusra-


Monday, February 7, 2011

Dimana Daie Muda???

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم

Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”.
[Muslim no. 49]

Hadis di atas menerangkan pada kita tentang kewajipan untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Seringkali kita mendengar keluhan daripada sahabat-sahabat
  
“ aku tak mampu untuk tegur, cegah lam hati jela”.

Persoalan di sini, sampai bila kita harus menunggu kemampuan itu hadir dalam diri kita. Sehingga perkara kemungkaran tersebut merebak dengan lebih meluas dalam hati masyarakat??? Jawapan pada kita. Samada kita hendak atau tidak. The decision is yours.

Pelajar dakwah berdating sambil pegang tangan?? Pelajar dakwah membonceng motor dengan perempuan?Pelajar dakwah selalu ponteng kelas. Dan macam-macam lagi keluhan. Artikel ini dikeluarkan sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada kita sebagai pelajar yang membawa ikon dakwah itu sendiri. Penulis sedia maklum kita semua mesti sudah fahami maksud ‘dakwah’ itu sendiri yang membawa makna menyeru, mengajak ke arah amar maaruf nahi mungkar?? Bagaimana pengaplikasian dakwah dalam diri kita? 

“ Aku tak nak jadi hipokrit la, ini aku.”

Ya , kita tidak seharusnya menjadi hipokrit. Tetapi salahkah untuk kita menjadi hipokrit demi kepentingan agama?. Sedarkah kita sikap kita yang begitu membawa kita terus jauh daripada Allah SWT. Sedar tak sedar kita semua sudah mencapai usia kematangan. Tetapi matangkah kita dalam menghadapi mehnah dan qadaya dalam kehidupan. Sebagai seorang mahasiswa kita harus cakna dengan situasi semasa, dengan masalah-masalah sosial, masalah pendidikan.


Khususon lil muslimin.

Sabda Rasulullah saw :

"كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، اَلإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِى أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا."

Bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

Penulis sedikit terkilan dan bimbang dengan sahabat-sabahat muslimin. Kebimbangan penulis disebabkan keprihatinan kepada semua sahabatnya. Anda adalah muslimin yang sejati, yang mantap akhlaknya, yang gagah perkasa yang bersemangat waja. Andai semua kelebihan antum disumbangkan kepada Islam alangkah untungnya Islam. Peranan kita sebagai mahasiswa di bumi UKM ini bukan sekadar belajar dan terus belajar tetapi kita harus belajar untuk amal islami serta membantu gerak kerja dakwah yang terdapat di bumi UKM ini. Anda adalah pemimpin kepada kaum wanita. 

Bangkitlah syabab!!!

Kaum wanita memerlukan syabab yang sentisa inzar kepadanya tentang dosa dan pahala.
“aku tak layak, ramai lagi yang layak. Ilmu pon xde”.
Masyallah inilah keluhan yang penulis sangat benci untuk dengarnya. Bangun ya syabab!!.. sampai kapan kita harus dan terus merendah diri sebegitu. Cabar potensi diri anda. Anda boleh sebenarnya. Yakin dan percaya dengan pertolongan Allah. Allah tak akan pernah biarkan kita keseorangan dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah. Ini semua atas kita. It’s up to you. Anda yang menentukan halatuju diri anda samada ke arah kebaikan atau kerosakan.



Khususon lil muslimat yang cantik rupawan.

Wanita adalah perhiasan dunia. Wanita juga fitnah besar di dunia. Seorang lelaki itu boleh tersungkur hanya kerana seorang wanita. Seorang lelaki itu juga boleh menjadi hebat kerana seorang wanita. Betapa hebatnya penangan seorang wanita. Sebagai ikon muslimat dakwah penulis yakin dan percaya anda faham bagaimana seorang muslimat boleh menyumbangkan sesuatu kepada Islam. Sejarah-sejarah Islam banyak mengisahkan para mujahidah-mujahidah yang solehah seperti Khaulah Al-Azwar, Saidatina Khadijah, Masyitah dan sebagainya. Persoalannya? Tidak pernahkah terlintas di hati kita untuk menjadi seperti mereka? Adakah idola kita hanya SITI and the gang yang pakai tudung pon macam tak nak pakai.

Firman Allah : Lazimnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
(An-Nur : 26)

Penulis bukan berniat untuk menyindir, tetapi sebagai peringatan kita bersama. Jagalah aurat seorang muslimah dengan sebaik-baiknya. Penulis sangat-sangat berharap muslimat dakwah faham bagaimana pemakaian seorang muslimah sebenarnya. Tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah yang betul-betul menepati syariat. Labuh di bahagian dada, longgar, dan tidak nipis.

Akhir kata daripada penulis, salam seinfiniti kemaafan dari dasar hati andai helaian ini mengguris hati sesiapa yang membacanya. Tujuan penulis hanyalah untuk menegur kesalahan dan sama-sama mengejar redhanya. Penulis tidak mahu mengejar cinta Rabbi bersendirian, tetapi biarlah secara berjemaah. Alangkah indahnya sekira semua sahabat-sahabat dakwah menjadi penggerak utama dalam gerak kerja dakwah. Ayuh syabab wa syababaatt.!!!!


Allah Bersamamu
Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Takwalah pada Allah agar Allah memudahkan
sgala urusan dan perjuangan kita
sungguh Allah kan bersama yang berjihad di jalan-Nya
sungguh Allah Maha Kuat dan Perkasa

Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Keadilan yang kita perjuangkan
Kesejahteraan yang kan kita wujudkan
Membutuhkan keimanan serta keikhlasan
Dalam meniti jalan keridhoan

Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Amalkan syariat-Nya tuk mendapat balasan-Nya
Keikhlasan tuk tegaknya keadilan
Keadilan di bumi nusantara
Untuk masyarakat adil sejahtera

~~biar hidup berbakti walau tak dipuji~~