Pages

Wednesday, December 21, 2011

BUKAN SEKADAR CINTA MUKA BUKU


Kita berkenalan hanya dalam di laman muka buku Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu..Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh.. benarkah rasa itu..Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita cari peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa 

Lagu di atas sering meniti di bibir anak-anak muda zaman sekarang dan tidak kurang juga mahasiswa kita juga. Lagu yang menarik dan catchy untuk di dengar tidak hairanlah menjadi favourite anak muda.

Entri kali ini bukan hendak bincangkan tentang lagu Najwa Latiff ini tetapi berkaitan Muka Buku itu sendiri ataupun dikenali dengan Facebook. Dewasa ini, anak-anak muda dan remaja malah mahasiswa juga sangat aktif dalam laman sosial, Facebook ini. Laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg mendapat sambutan ramai di kalangan pelbagai pihak. Dan ia dikatakan satu website yang penting untuk diakses. Setiap remaja yang tidak memiliki akaun facebook akan dikatakan kurang ‘up to date’. Facebook mempunyai pengaruh yang besar di kalangan remaja, dewasa, golongan professional, artis hatta pemimpin sendiri.


DAKWAH MELALUI FACEBOOK

Saya juga semestinya memiliki akaun facebook. Asiyah Yusra nama diberi. Namun, sejauhmana kita manfaatkan kemudahan ini dalam mengembangkan lagi Islam. Semasa berjalan-jalan di PKNS tadi, dengan niat pergi membeli buku di kedai Syabab kerana ada sale hebat sekarang, saya terjumpa sebuah buku berkaitan dengan facebook. Tajuknya ialah Facebook: Sebelah Syurga, Sebelah Neraka. Sebuah bingkisan yang menghurai tentang aplikasi dalam facebook dan bagaimana kita boleh memanfaatkan facebook untuk memberi pulangan yang baik kepada diri kita.


Seperti dalam kuliah Teknologi Maklumat Dakwah, Ustaz Faisal ada menyebut, sebagai pendakwah gunakan kekuatan yang kita ada untuk berdakwah. Contoh mudahnya ialah kita boleh klik ‘share’ mana-mana artikel menarik yang boleh memberi kefahaman masyarakat tentang Islam. Bagi yang berkemahiran dalam menulis, tulislah status-status yang mantop lagi hebat sehingga dapat memberi kesan kepada yang membacanya.

Contoh status : "Berapa banyak anda meminta, tapi dia selalu memberi. Berapa banyak anda memohon, dan dia pun memberi secara percuma. Berapa banyak anda melakukan kesalahan, dan dia yang memperbetulkan. Berapa banyak anda mengalami kesulitan, dan dia kemudian memudahkan dan berapa banyak anda berdoa lalu Allah mengabulkannya".

Mencegah kemungkaran bukanlah suatu pilihan, ia bukan satu tugas part time dan ia juga bukanlah tanggungjawab sebahagian daripada kita sahaja, bahkan ia menjadi suatu kewajipan bagi setiap manusia yang mengaku Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai pesuruh-Nya.

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim) 
CINTA MUKA BUKU

So, amacam?? Anda nak duduk di hadapan facebook 25 jam pun boleh, sekiranya anda mempunyai matlamat yang JELAS kenapa anda berbuat sedemikian. Kalau sekadar hanya sembang-sembang dengan kawan lama, tengok-tengok gambar, lihat status orang, lihat gambar orang..Tolonglah! tinggalkan kerja sia-sia ini. Bercintalah di facebook pun, tetapi jadikan kecintaan anda berfacebook adalah kerana anda hendak melakukan dakwah. Sememangnya kita dilahirkan dan diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi Allah dengan tugas amar maaruf nahi mungkar. Kerja ini bukan tertanggung di atas bahu pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan semata, tetapi ianya tertanggung di atas diri kita semua.

Muhasabahlah diri kita..
Renungilah perilaku kita..
Perbaharui niat kita..
Mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah dalam usaha menjadi Al-Insan Al-Kamil…


- Asiyah Yusra -

4 comments:

  1. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dlm hidup anda namun segala-galanya dlm hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dgn manfaat dari Facebook.

    Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yg kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti.

    " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

    ReplyDelete
  2. Nurul Izatul dan Poknique :

    Gapo mu berdua nak goyat ke ku..

    Najdi : Pandai Ustaz berkata2..;)

    ReplyDelete