Pages

Wednesday, April 27, 2011

BAS SHAMISHA & Aku



Wajah bas Shamisha..;-)


Sejak akhir-akhir ini seringkali saya mendengar orang bicarakan tentang pengorbanan? Ada apa dengan pengorbanan? Macam ada apa dengan cinta lak..;-)..
Alhamdulillah kampung halaman dah dijenguk..
taman bunga dah disiram..
rumah dah dihias..

Pejam celk pejam celik, lima hari berada di rumah, tiba masanya kembali ke bumi UKM..
Perjuangan dan tuntutan terhadap diri ini mesti ditunaikan sekalipun hati meronta untuk terus menetap di kampung beberapa hari lagi.. Itulah yang dinamakan PERNGORBANAN. Tetapi sejauhmana pengorbanan kita terhadap agama Islam ini berbanding pengorbananan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat. Jika kita telusuri  jalan dakwah Rasulullah, kita akan dapati betapa sukar dan payahnya untuk menikmati dan menyebarkan Islam berbanding hari ini. Tetapi sejauhmana umat Islam zaman sekarang mengetahui sedemikian? kesusahan Rasulullah dalam memberi kita merasai nikmat iman dan Islam, adakah kita menggunakan segala kemudahan yang ada pada ketika ini sebagai medium dakwah?

Bercakap pasal pengorbanan ini, ada satu kisah ketika mana saya dalam bas Shamisha Holdings tiket berharga rm53 dari Baling ke Kajang, saya ternampak seorang Pak Cik ni di lampu isyarat sambil memegang iron board. Padahal dia hanya naik motosikal sahaja dikala waktu itu hujan turun. Terus terdetik di hati saya, Ya allah besarnya pengorbanan seorang ayah sanggup meredah hujan membawa iron board untuk keluarganya. Jika difikirkan secara logik akal, iron board itu bukanlah satu perkara yang penting. Tetapi kerana ia menjadi keperluan kepada keluarganya, dia sanggup meredah hujan membawa balik barang tersebut untuk keluarganya. Terus hati ini sayu mengenangkan arwah Abah. Mungkinkah begitu sewaktu arwah Abah ada..bersusah payah menjaga dan membesarkan kami adik beradik, mencari rezeki dan memastikan keselesaan buat anak-anaknya..Sayunya hati ini.

Nah! Sekarang waktu kita pula untuk membuktikan bahawa segala pengorbanan ibubapa kita selama ini tiada sia-sianya. Buktikan! Salurkan pengorbanan kita itu kepada jalan dakwah seperti jalan yang sudah diajar oleh Rasulullah. Kitalah penyambung warisan dakwah ini. Jangan biarkan hanya kita sahaja yang menikmati nikmat iman dan islam ini, sehingga mengabaikan orang sekeliling yang dahagakan makanan rohani untuk sama-sama menikmati kemanisan iman. Dan! Tanpa kita sedari, saham kebaikan yang kita lakukan pasti akan disalurkan juga kepada ibu bapa yang telah melahirkan insan yang hebat seperti anda!

4 comments:

  1. Dunia kita makin berseri andainya jln dakwah yg kita lalui semakin sukar..selamat berjuang SHBTKU,doalah semoga Allah permudahkan segalanya..ku sentiasa disampingmu

    ReplyDelete
  2. teruskan sahabat, Syukurla Allah memilih kita di jalan ini, walaupun ramai lagi manusia yang layak, yg lebih baik dari kita. Pernah kita fikir, kenapa Allah pilih kita, kerana Allah sayang kita,, Ingat Allah sayang kita,,

    ReplyDelete
  3. teringat kat abah...
    mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh...
    insyaALLAH...selamat berjuang..

    ReplyDelete
  4. Insyallah..kadang2 setiap dugaan yang Allah kasi pada kita, sebagai satu tarbiyah dan latihan pada diri kita.. mungkin Allah training untuk kita jadi daie yang hebat pda msa akan datang..mudah2an..~

    ReplyDelete