Bismillahirahmanirahim..
Sedikit coretan pada malam ini,
sebagai satu hint untuk melajukan lagi jemari ini menulis selepas ini.
Berbagai isu bermain di kepala
untuk dijadikan bahan utama dalam penulisan kali ini. Sebabnya sudah lama tidak
mengupdate blog.
Allah.. banyak perkara yang sudah
berlaku dalam hidup selama beberapa bulan ini. Allah, hamba apakah seperti ini.
Mulut sentiasa menyatakan kecintaan kepadaMu, tetapi tindakan ini, tidak
sehebat mana pun. Memang jeles melihat sahabat2 yang hebat berdakwah dengan
penyampaian dakwah mereka yang berkesan. Aku?? Hanya pandai berangan-berangan.
Pernah sekali aku dijemput ke
ceramah sempena Hari Ibu di Merbau Pulas. Allah, entah apa yang aku sampaikan.
Kata sahabat yang meng’adjust’ aku untuk ceramah nie, ini satu permulaan yang
baik dalam usaha untuk melebarkan sayap kepada masyarakat.
Sesuatu yang baru dalam diri saya! |
Terkesan dengan kata-kata murabbi
semasa Kem Tahun Akhir pada bulan lepas. Masalah mahasiswa adalah hanya pandai
memberikan idea-idea yang idealistik. Tetapi apabila sampai tahap untuk
melaksanakan kepada masyarakat ramai yang gagal. Kenapa?
Saya lontarkan persoalan ini
kepada anda!
Saya semakin menghampiri detik-detik terakhir dalam
pengajian di peringkat ijazah di UKM ini. Apa sahaja yang aku buat sepanjang
tiga tahun ini..? Saya lontarkan persoalan ini kepada diri saya sendiri.
(^__^).
-----------------------------------------------------------
Sebenarnya, saya baru je balik dari Malam Tadabbur Kasih bersama pimpinan
ISIUKM sesi 12/13, mantan-mantan pimpinan, crew FII 12 dan pimpinan PMUKM. Terasa
ukhhwah yang saya rasa tidak seperti dulu. Kenapa? Mungkin sekarang masing
sibuk dengan hal masing-masing. Saya sendiri yang masih serabut kepala dengan
beberapa hal yang belum disetelkan. Insyallah moga Allah mudahkan.
Saya sangat rindukan suasana dan insan-insan ini..;( |
Apa-apa pun cinta dan kasih-sayang saya buat mereka masih sama. Dan ikatan
ukhhwah ini akan saya pegang erat sampai bila-bila!.
Akhir kalam, moga Allah redha dengan kalam saya pada malam ini.
Ambillah apa yang baik, dan buang apa yang keruh~
Wassalam.
Nothing to say, maybe.. ^_^, gud job dear!
ReplyDeleteMaybe sangat..:(
Deletemoga Allah bersamamu sahabat..
ReplyDelete^_^, miss you.
Family Legasi
Like sangat.. rindukan..~
Deletetq sbb rindu saya... jemput la bertandang ke kediaman saya...
ReplyDeleteterbaik..! sahabat mithali.. :) semoga langkahan itu tidak terhenti di sini.. teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah terakhir..
ReplyDeleteInsyallah doakan..
Delete