Pages

Wednesday, February 15, 2012

Seranglah bukan Sorang ...!


Setelah berdebar untuk melihat keputusan peperiksaan bagi sem 1 tahun terakhir di UKM ni, akhirnya debaran itu berakhir.. Saya bukanlah yang cemerlang, tapi syukur dengan apa yang diberikan sesuai dengan kadar usaha saya.

Hari demi hari berlalu, minggu depan dah nak masuk semester terakhir. Rasa baru sahaja nak memulakan langkah dalam gerak kerja. Apa yang saya mahu kongsikan di sini  adalah sebuah kisah yang moral ceritanya berkaitan dengan komunikasi.

-------------------------------------------------

Tersebut al-kisah.. Kerajaan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka mengalami krisis peperangan. Terdapat pasukan musuh yang sudah bersiap sedia di pesisiran pantai untuk menggempur Melaka. Maka, sultan pun memanggil  para hulubalang, laksamana dan semua orang besar istana untuk membincangkan hal tersebut.

Sultan itu  berkata : " Negeri kita sekarang berada di hujung tanduk. Kita bakal diserang pada bila-bila masa sahaja. Bukan kita takut, tetapi bala tentera kita sudah dihantar ke sempadan untuk menyerang negeri jiran. Apa pandangan datuk-dartuk sekalian?"

Datuk Bendahara memberi pandangan : " Saya cadangkan kita menghulurkan jalan perdamaian dengan baik. Kita jemput mereka dan berbincang, Jika tuntunan mereka mampu untuk kita tunaikan, apa salahnya. asalkan negeri kita tidak ditakluk oleh mereka."

Datuk Laksamana menyanggah. " Hamba tidak bersetuju! Melayu apa kita jika tunduk kepada musuh sebelum bertarung? Mana maruah dan jati diri kita? Islam tidak mengajar kita tunduk kepada musuh yang tidak seakidah dengan kita !"

Oleh itu, Datuk Laksamana memberi idea untuk mengumpulkan bala tentera daripada semua tanah jajahannya. Semua orang bersetuju dengan cadangan Datuk Laksamana  tersebut. Datuk Laksama pergi menghadap Sultan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bantuan. Sultan Nogori bersetuju tetapi dengan syarat, tentera dari Negeri Sembilan yang akan mengetuai peperangan tersebut. Datuk Laksamana terpaksa mengalah. Maka kemenangan moral berpihak kepada Sultan Negeri Sembilan.

Akhirnya, pertembungan  berlaku, pihak musuh iaitu Portugis cuba untuk menyerang tentera di Melaka. Sultan Negeri Sembilan yang mengepalai peperangan tersebut menggunakan strategi iaitu mengecat perut buncit tentera mamak dengan bentuk bulat kerana akan dilihat seperti meriam apabila dilihat dari jarak jauh. Portugis gerun dengan keadaan ini. Lama- kelamaan mereka telah sedar bahawa mereka telah tertipu. Maka, serangan besar telah bermula. 



Panglima Negeri Sembilan berkata : " Apabila hamba minta serang barulah kita semua serang!"

" Baiklah!!!!" jawab para tentera.

Saat itulah dengan penuh semangat  panglima Negeri Sembilan menyeru para hulubalang. Namun tanpa disangka-sangka, di saat yang genting dan mencemaskan itu, panglima itu terlah tersalah menggunakan dialek daerahnya.

"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
           Akibatnya, para hulubalang pun keluar berdepan dengan musuh sorang demi sorang. Akhirnya Melaka kalah dan ditawan oleh pihak Portugis..Hanya kerana berlaku sedikit kesilapan dalam komunikasi, ia telah menyebabkan kecelakaan yang sangat besar.



p/s : Saya suka guna loghat bahasa kampung saya, tetapi tengok jugak dengan siapa kita bercakap. Kalau kelik kapung, komfem bahasa Baling yang akan guna.

No comments:

Post a Comment