Pages

Monday, December 19, 2011

Antara OMBAK RINDU” dan “HAFALAN SHALAT DELISA”

Ombak Rindu dan Hafalan Shalat Delisa masing-masing merupakan judul filem di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua filem ini di adaptasi dari sebuah penulisan ataupun novel, kemudian diangkat menjadi filem kerana penceritaan yang bagus. Kedua-dua juga berkaitan dengan ombak. Tetapi apa yang membezakannya adalah bagaimana penjagaan syariat dalam menghasilkan filem ini.

Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Filem yang menceritakan tentang penceritaan seorang gadis yang terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang dia sendiri tidak kehendaki. Kehidupan yang mencabut sebuah kehormatan seorang wanita. Berbagai adegan yang kurang elok dipersembahkan sebagai satu tarikan kepada filem romantis ini. Kesimpulan daripada cerita ini adalah, keikhlasan sebuah cinta sangat diperlukan, dan segala halangan dalam percintaan akan dapat diatasi jika cinta yang wujud itu adalah sebuah cinta yang ikhlas.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.




Hafalan Shalat Delisa

Kisah seorang anak kecil yang bernama Delisa yang berumur 6 tahun. Delisa hidup dalam sebuah keluarga yang islamik. Menjadi kebiasaan bagi masyarakat kampung Delisa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tambahan iaitu sekolah yang mengajarkan tentang Al-Quran, akidah. Sejarah Islam dan sebagainya.

Delisa mesti menghabiskan hafalan bacaan solat yang diawasi oleh gurunya. Ibunya menjanjikan sekalung rantai emas 2 gram yang ada bentuk D yang beerti Delisa. Oleh kerana bercita-cita mahukan kalung itu, Delisa bersungguh-sungguh dalam menghafal bacaan dalam solat. Tarikh ujian hafalannya adalah pada 26 Disember 2004 [ Hari Tsunami ]. Pada hari kejadian, Tsunami berlaku Delisa sedang khusyuk menghabiskan bacaan solatnya. Ketika waktu kejadiann Tsunami juga, Delisa tidak sedarkan diri sehinggalah Delisa tersedar dia sudah kehilangan keluarganya.

Pada akhir novel diceritakan penyebab hafalan solat itu hilang adalah kerana sebelum bencana tsunami terjadi, Delisa menghafal bacaan solat kerana mengingikan hadiah, bukan ikhlas kerana Allah. Ketika dia menyedari hal itu dan menyatakan tidak menginginkan hadiah kalung tersebut, bacaan solat itu seolah-olah bicara padanya. Akhirnya Delisa boleh menyempurnakan solatnya. Pada saat itu Allah memberikan hadiah besar padanya. Ia menemukan jasad (tulang belulang) ibunya yang selama ini hilang akibat tsunami dalam keadaan memegang kalung yang akan dihadiahkan padanya itu.


Ibrah kepada KITA!

Nah anda sudah lihat dan baca kan…Apa pandangan anda sekarang. Agak terusik jiwa saya apabila melihat promo Trailer filem Hafalan Shalat Delisa. Tetapi pengarah-pengarah filem di Malaysia lebih berminat membuat filem dengan memasukkan adegan-adegan yang tidak senonoh bagi saya. Malah pengarah filem Ombak Rindu sendiri berkata adegan sebegitu merupakan adegan penting seolah-olah nadi kepada filem itu.
Apabila saya melihat keadaan sebegini, adakah masyarakat kita sekarang lebih mementingkan kemahuan nafsu daripada keperluan rohani? Keperluan rohani untuk membentuk jiwa yang kamil dalam mengenal Allah. Media sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan pemikiran seseorang. Media selalu memainkan propagandanya dalam melariskan sesuatu produk yang dikeluarkan.

 baca link ini.

Daie dan Media

Saya suka dengan kawan2 dan sahabat-sahabat yang pakar dalam media, design, video dan sebagainya. Mereka adalah satu asset yang berharga kepada medan dakwah. Metod dakwah berteknologi sangat berkesan sekarang tambah-tambah pengaruh besar laman sosial, Facebook. Jika seorang daie itu juga digelar seorang designer, seorang pengarah filem, video, seorang Menteri Penerangan dan sebagainya yang berkaitan saya sangat OPTIMIS, Islam akan tersebar dengan mudah dan meluas. Masya Allah~. Saya sangat berharap akan muncul juga sebuah filem yang mengangkat isu dakwah sebagai nadi sebuah filem.






No comments:

Post a Comment