Pages

Friday, October 14, 2011

Kenapa Awak Pakai Ungu Hari Nie??



Saya adalah mahasiswa tahun akhir. Ramai mahasiswa di luar sana berpersepsi tahun akhir adalah tahun yang mesti dimanfaatkan dengan pelbagai perkara. Tahun untuk mencari pasangan. Tahun untuk mengkhatam buku-buku di PTSL. Tahun untuk mencari pengalaman baru. Tanpa mereka sedar, tahun akhir menjadi benchmark kepada adik-adik.


I Follow You
Adik-adik mahasiswa baru akan melihat senior-senior mereka dalam mengurus kehidupan di alam kampus. Jika kita mengamalkan konsep 3K (Kafe, Kolej, Kuliah), makan mereka akan menganggap kehidupan di alam kampus adalah sebegitu. Jika ada senior aktif berpersatuan kesana-kesini, maka itulah tanggapan mereka bahawa kehidupan di alam kampus memerlukan kita untuk bergiat aktif dengan persatuan. Mengapa sebegini? Ini kerana pemikiran mereka yang dibentuk sebelum itu. Status mahasiswa adalah berbeza dengan pelajar. Sebelum masuk ke kampus mereka telah membina persepsi terdahulu. Apabila ke kampus, bergaul dengan pelbagai orang, persepsi yang baru akan terbentuk. Jika bergaul dengn orang yang betul, maka baiklah jalannya selepas itu, jika bergaul dengan orang yang salah, maka kucar-kacirlah keadaannya selepas itu.


POLITIK NILAI
Adik-adik mahasiswa baru pasti terkejut jika mereka mengikuti perang di Facebook di group Sumber Maklumat Tahun Baru. Pasti mereka beranggapan bahawa politik kampus ini sangat buruk, kotor, menyebabkan perpecahan di antara satu sama lain dan macam-macam lagi. Tetapi siapa yang memburukkan politik itu sebenarnya? Kita atau mereka?? Saya bukanlah ahli politik yang mahu membicarakan tentangnya, bukan juga pelajar Sains Politik untuk membahaskannya. Saya hanya pelajar Pengajian Islam yang sering orang beranggapan bahawa golongan ini tiada masa depan. ;( [ Satu lagi persepsi yang salah].
Ramai yang membuat tanggapan yang salah terhadap politik.  Ibn Qayyim berkata: “ Sesiapa yang berkata bahawa politik adalah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak d difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu  mereka telah menjadikan syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat manusia dan ia memerlukan kepada yang lain. Maka apabila pemimpin-pemimpin melihat ini, mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakan yang luas dalam system politik mereka, lalu ia menjadi runcing dan susah untuk ditangani.


SAYA DAN GMUKM
Ubahla persepsi anda tentang politik. Politik adalah sebahagian dalam Islam. Sesiapa yang memisahkan agama dan politik maka, secular hukumnya. Kita yang membentuk politik itu bagaimana. Saya yakin dengan pilihan saya. Dan apabila keyakinan terpahat di hati, segala gerak kerja akan menjadi smooth sahaja. I like it!. Dan saya  akan terus  tetap di atas jalan ini…

“ Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”

No comments:

Post a Comment