Pages

Sunday, June 10, 2012

Xciden dengan Oki


Kini saya mampu tersenyum.. Tiada apa yang dapat diungkapkan..
Just S.M.I.L.E.


Tahniah dan syabas kepada semua komiti program " Menggapai Sejuta Pelangi" bersama Oki Setiana yang telah selesai sebentar tadi. Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar,akan tetapi terkadang ada juga ujian yang mendatang. Asam garam dalam menjayakan sesuatu program. 

Apa yang menarik bagi saya adalah bukan sekadar dapat berjumpa Oki, tetapi keterujaan bekerja dengan adik2 yang saya baru ke
nal. Mereka sangat komited! Syabas semua..;)




-------------------------------------
Maaf dari kami komiti program atas segala kekurangan..Semoga kerjasama dan gerak kerja ini bukan sekadar terhenti di sini, insyallah berterusan lagi selepas ini.. All da best for exam. Sebarkan Cinta-Mu.~ kredit to : Aida Rahayu FullOne Heart Creative Solution, Pusat Islam UKM, PM Ukm ( PMUKM (ORIGINAL)) dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)  - via Facebook


Komiti Program "Menggapai Sejuta Pelangi bersama Oki Setiana Dewi"
Oki Setiana Dewi


Me and Oki

Terlanggar kepala saya dengan Oki ketika nak bersalam hehe.. Simple xciden actually.Takpe2..
Just S.M.I.L.E~





Saturday, June 9, 2012

Ini Jawapan Saya ~


Sudah berbulan lamaran ini diterima.
Sudah berbulan perkara ini bermain di minda.

Sudah lama kami merancang. Ini kesudahannya.
Hajat ke sana…

Bismillahirahmirahim.. Moga Allah redha~

Kepada sahabat dan sahabiah ku, mungkin ini jawapan yang dapat diberikan buat masa ini.

Tentang lamaran untuk ke Mesir. Ketahuilah sememangnya mengambil kursus bahasa adalah salah satu perancangan setelah saya bergraduasi nanti. Ya. Kursus bahasa. Sudah lama saya mencari apa lubang yang saya boleh tembus untuk ke kursus bahasa, tak kisah bahasa Arab ataupun English. Kenapa kursus bahasa? Kerana saya melihat ia satu perkara yang sangat penting pada masa sekarang.

Pertama kali, apabila sahabat saya (roommate) bagitahu tentang PMFPI akan buat kursus bahasa kat Mesir saya sangat gumbira, ialah bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus mengatakan jawapan ya. dan saya terus bagitahu pada keluarga tentang program ini, dan Alhamdulillah seperti dijangka keluarga tiada masalah.

Tetapi kini, apabila sesuatu yang kita tidak jangka.. Allah memberi petunjuk lain. Dengan harga tiket yang semakin tinggi dan tuntutan sebagai mahasiswa di UKM yang belum selesai, Allah seakan-akan memberi petunjuk untuk menangguhkan dahulu pemergian ke Mesir ini. Dan begitu juga apabila saya minta pendapat abang, dia juga mengatakan demikian iaitu menangguhkan sebentar pemergian ke Mesir.


Nah!. Inilah jawapan saya kepada anda. Mungkin kali ini bukan rezeki saya untuk ke sana. Tetapi, nekad di hati saya akan pergi juga nanti. Insyallah. Saya bukan sengaja nak menyusahkan orang lain, tetapi saya telah mencuba untuk meluluskan pemergian saya ke sana. Tetapi….

Saya memohon maaf kepada pihak yang terlibat andai jawapan saya ini, memberi kesan kepada gerak kerja kalian selepas ini. Hajat saya tetap akan diteruskan. The time will come. Saya akan berusaha ke arah itu. Hal ini kerana, saya sedih apabila tidak dapat membaca kitab-kitab Arab yang mana kita tahu, terdapat pelbagai ilmu di dalamnya. Terus saya nekad untuk ambil kursus bahasa ini. Biarlah saya dapat belajar kitab-kitab Arab dan dapat ajarkannya kepada masyarakat.. Insyallah..



Sekian, Moga Allah redha..~
Asiyah Yusra

Thursday, June 7, 2012

Mungkin tiada tajuk.



Bismillahirahmanirahim..

Sedikit coretan pada malam ini, sebagai satu hint untuk melajukan lagi jemari ini menulis selepas ini.

Berbagai isu bermain di kepala untuk dijadikan bahan utama dalam penulisan kali ini. Sebabnya sudah lama tidak mengupdate blog.

Allah.. banyak perkara yang sudah berlaku dalam hidup selama beberapa bulan ini. Allah, hamba apakah seperti ini. Mulut sentiasa menyatakan kecintaan kepadaMu, tetapi tindakan ini, tidak sehebat mana pun. Memang jeles melihat sahabat2 yang hebat berdakwah dengan penyampaian dakwah mereka yang berkesan. Aku?? Hanya pandai berangan-berangan.

Pernah sekali aku dijemput ke ceramah sempena Hari Ibu di Merbau Pulas. Allah, entah apa yang aku sampaikan. Kata sahabat yang meng’adjust’ aku untuk ceramah nie, ini satu permulaan yang baik dalam usaha untuk melebarkan sayap kepada masyarakat.


Sesuatu yang baru dalam diri saya!


Terkesan dengan kata-kata murabbi semasa Kem Tahun Akhir pada bulan lepas. Masalah mahasiswa adalah hanya pandai memberikan idea-idea yang idealistik. Tetapi apabila sampai tahap untuk melaksanakan kepada masyarakat ramai yang gagal. Kenapa?

Saya lontarkan persoalan ini kepada anda!

Saya semakin menghampiri detik-detik terakhir dalam pengajian di peringkat ijazah di UKM ini. Apa sahaja yang aku buat sepanjang tiga tahun ini..? Saya lontarkan persoalan ini kepada diri saya sendiri. (^__^).

-----------------------------------------------------------


Sebenarnya, saya baru je balik dari Malam Tadabbur Kasih bersama pimpinan ISIUKM sesi 12/13, mantan-mantan pimpinan, crew FII 12 dan pimpinan PMUKM. Terasa ukhhwah yang saya rasa tidak seperti dulu. Kenapa? Mungkin sekarang masing sibuk dengan hal masing-masing. Saya sendiri yang masih serabut kepala dengan beberapa hal yang belum disetelkan. Insyallah moga Allah mudahkan. 


Saya sangat rindukan suasana dan insan-insan ini..;(

Apa-apa pun cinta dan kasih-sayang saya buat mereka masih sama. Dan ikatan ukhhwah ini akan saya pegang erat sampai bila-bila!.


Akhir kalam, moga Allah redha dengan kalam saya pada malam ini.
Ambillah apa yang baik, dan buang apa yang keruh~

Wassalam.



Wednesday, April 18, 2012

"Cik cenun, cik cenun, aku tidur macamana??"

               SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.




Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

------------------------------------------------------------------------------------

Bermuhasabah seketika, bagaimana tidurku sehari-hari yang lalu..


Bersama seorang jurujual ketika di Gunung Bromo, Indonesia.



Monday, February 20, 2012

Wednesday, February 15, 2012

Seranglah bukan Sorang ...!


Setelah berdebar untuk melihat keputusan peperiksaan bagi sem 1 tahun terakhir di UKM ni, akhirnya debaran itu berakhir.. Saya bukanlah yang cemerlang, tapi syukur dengan apa yang diberikan sesuai dengan kadar usaha saya.

Hari demi hari berlalu, minggu depan dah nak masuk semester terakhir. Rasa baru sahaja nak memulakan langkah dalam gerak kerja. Apa yang saya mahu kongsikan di sini  adalah sebuah kisah yang moral ceritanya berkaitan dengan komunikasi.

-------------------------------------------------

Tersebut al-kisah.. Kerajaan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka mengalami krisis peperangan. Terdapat pasukan musuh yang sudah bersiap sedia di pesisiran pantai untuk menggempur Melaka. Maka, sultan pun memanggil  para hulubalang, laksamana dan semua orang besar istana untuk membincangkan hal tersebut.

Sultan itu  berkata : " Negeri kita sekarang berada di hujung tanduk. Kita bakal diserang pada bila-bila masa sahaja. Bukan kita takut, tetapi bala tentera kita sudah dihantar ke sempadan untuk menyerang negeri jiran. Apa pandangan datuk-dartuk sekalian?"

Datuk Bendahara memberi pandangan : " Saya cadangkan kita menghulurkan jalan perdamaian dengan baik. Kita jemput mereka dan berbincang, Jika tuntunan mereka mampu untuk kita tunaikan, apa salahnya. asalkan negeri kita tidak ditakluk oleh mereka."

Datuk Laksamana menyanggah. " Hamba tidak bersetuju! Melayu apa kita jika tunduk kepada musuh sebelum bertarung? Mana maruah dan jati diri kita? Islam tidak mengajar kita tunduk kepada musuh yang tidak seakidah dengan kita !"

Oleh itu, Datuk Laksamana memberi idea untuk mengumpulkan bala tentera daripada semua tanah jajahannya. Semua orang bersetuju dengan cadangan Datuk Laksamana  tersebut. Datuk Laksama pergi menghadap Sultan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bantuan. Sultan Nogori bersetuju tetapi dengan syarat, tentera dari Negeri Sembilan yang akan mengetuai peperangan tersebut. Datuk Laksamana terpaksa mengalah. Maka kemenangan moral berpihak kepada Sultan Negeri Sembilan.

Akhirnya, pertembungan  berlaku, pihak musuh iaitu Portugis cuba untuk menyerang tentera di Melaka. Sultan Negeri Sembilan yang mengepalai peperangan tersebut menggunakan strategi iaitu mengecat perut buncit tentera mamak dengan bentuk bulat kerana akan dilihat seperti meriam apabila dilihat dari jarak jauh. Portugis gerun dengan keadaan ini. Lama- kelamaan mereka telah sedar bahawa mereka telah tertipu. Maka, serangan besar telah bermula. 



Panglima Negeri Sembilan berkata : " Apabila hamba minta serang barulah kita semua serang!"

" Baiklah!!!!" jawab para tentera.

Saat itulah dengan penuh semangat  panglima Negeri Sembilan menyeru para hulubalang. Namun tanpa disangka-sangka, di saat yang genting dan mencemaskan itu, panglima itu terlah tersalah menggunakan dialek daerahnya.

"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
"Sorang ....!"
           Akibatnya, para hulubalang pun keluar berdepan dengan musuh sorang demi sorang. Akhirnya Melaka kalah dan ditawan oleh pihak Portugis..Hanya kerana berlaku sedikit kesilapan dalam komunikasi, ia telah menyebabkan kecelakaan yang sangat besar.



p/s : Saya suka guna loghat bahasa kampung saya, tetapi tengok jugak dengan siapa kita bercakap. Kalau kelik kapung, komfem bahasa Baling yang akan guna.

Tuesday, February 14, 2012

Merancang untuk ke Syria ...


Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.


PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN ADALAH

Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.


1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA


Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;


#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU


1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; 
"adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan".

ruj : http://intelegentfikr.blogspot.com/2012/02/isu-sebenar-syria.html