Pages

Tuesday, January 3, 2012

MUSIM EXAM BIASALAH..


Berdebar je rasa nak menulis kali ini. Entah kenapa..?



Exam oriented. Satu istilah yang saya temui apabila saya  ikuti sebuah seminar pendidikan di UKM. Baru saya faham exam oriented itu bermaksud, satu system peperiksaan yang berorientasi dari awal persekolahan hinggalah ke peringkat tinggi. Makna kata dari peringkat kita ambil exam UPSR hinggalah amik exam di IPT. Meme orientedlah!


Musim Exam

Siapa yang suka dengan ujian, peperiksaan dan cabaran? Ada ke? Hatta diberi cabaran dalam permainan atau dalam jungle tracking pun ramai yang sudah berkerut dahi, inikan pula satu ujian yang memerlukan kita memerah otak dan berfikir. Saya sendiri tidak suka dengan exam ini. Terasa seperti tidak ikhlas je aku belajar selama ini. Niat..erm kadang-kadang tergelincir juga, sememangnya pada awal kita ikhlas kerana Allah..” sahaja aku belajar hanya kerana Allah”.. tetapi apabila time nak exam, sibuk je bertanya pada pensyarah apa soalan exam, tajuk mana yang masuk..ermm [ this is a phenomena].

Oh exam lagi!



Tetapi apa yang saya mahu tekankan pada penulisan kali ini adalah, bagaimana kita melihat exam itu dari pandang sisi Islam. Haramkah exam? Yela ikut Barat kan.. Bidaah ke exam nie? Zaman Rasulullah kan mana ada UPSR, PM, SPM nie. Bagaimana anda memandang exam? Pandanglah dengan mata hati anda, nescaya akan jatuh hati dengan peperiksaan.. [ tabik salute kalau ada orang jatuh hati dengan exam]. Bagi saya peperiksaaan ini adalah satu wasilah sahaja dalam mengcapai tujuan untuk maarifatu Allah. Sememangnya di zaman Rasulullah mana ada peperiksaan sebegini, tetapi inilah system pendidikan di Malaysia. Kalau dilihat dari segi perlaksanaannya memang tiada perkara yang menyalahi syariat, kalau dikatakan bidaah pun, ini adalah bidaah hasanah.


Pelajar mestilah menjadikan exam sebagai satu wasilah untuk kita lebih mengenali Allah, lebih mengenali ilmu Allah. Jadi terlalu obsess dengan exam sehingga sanggup mengorbankan hak kita sebagai hambaNya semata-mata memberi focus kepada exam. Setiap usaha anda dinilai oleh Allah. Kalau anda bersungguh studi, tetapi ibadat tidak dijaga, it is useless [bak kata orang Banana Village]. Yakinlah pada Allah dengan apa yang kita usahakan. Allah akan yang terbaik pada hambaNya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tunaikanlah hak kita kepada Allah !.


Takde masa baca buku sebab banyak program!


Ini satu isu atau masalah yang sering berlaku di kalangan mahasiswa yang aktif berpersatuan dan menjalankan kerja-kerja dakwah. Yakinlah sahabat-sahabat, “Jika kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita”. Ayat-ayat keramat ini sentiasa bermain di minda saya tatkala masa studi saya terpaksa dikorbankan untuk melakukan perkara yang lebih aula. Sebelum masuk dewan peperiksaan saya akan berkata dalam hati, 
ini sahaja usaha aku, jika cemerlang itu adalah baik buat aku dan Islam, Ya Allah Kau kurniakanlah, tetapi cemerlang itu memberi fitnah pada aku dan Islam, Engkau berikanlah keputusan yang terbaik pada diriku. Aku yakin denganMu ya Allah. Engkaulah sebaik-baik perancang.” 
Tetapi! Jangan hanya pandai bertawakal sahaja tanpa ada usaha dari diri kita.


Dan akhirnya..

Justeru itu, berhenti berharap dan menyandarkan pengharapan kepada manusia, tetapi berharap dan pohonlah dari Allah SWT.


“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (QS Ali Imran: 173-174)


1 comment:

  1. peperiksaan salah satu medan untuk uji kefahaman kita sepanjang tempoh pembelajaran.,jadi nak tak nak.,kena juga hadapi.. terus usaha..!

    ReplyDelete