Pages

Tuesday, January 10, 2012

AIRMATA YANG MENULIS~


Bermula dengan airmata...

Hati ini terlalu rindu…

Sebak.

Rindu.

Sayang.

Hati tetiba menjadi tersangat  rindu kepada seorang insan. Insan yang sering bermanja denganku. Bila bersama dia, selalu sahaja aku marah-marah, usik, dan tunjukkan ketegasan aku. Tapi sebenarnya, aku sayang sangat.. 

Teringat ketika mula-mula mahu bertolak ke Bangi untuk sambung belajar di UKM, dialah orang yang paling sedih, sehingga menangis tidak henti. Sebak aku waktu itu. Selama ini akulah yang menjadi tempat dia bermanja dia. Sampai adik-beradik yang lain memanggil aku ‘mama’ dia.. kadang-kadang aku pun akan rasa geram juga dengan kemanjaan dia.


Tahun demi tahun. Dia membesar, belajar hidup tanpa aku di sisi. Kesibukan aku belajar di UKM, membuatkan aku jarang pulang ke rumah. Pulang je waktu cuti. Kadang-kadang aku perlu korbankan waktu cuti untuk kerja perjuangan. Dalam hati aku mengagumi dengan kematangan yang dia punyai. Alhamdulillah aku punya abang yang sangat memahami. Abang yang bagaikan seorang abah dan ibu yang penyayang dan sangat caring. Walau ‘manhaj’ kasih-sayang yang diberikan lain daripada kasih sayang seorang ibu dan ayah. Tetapi aku bersyukur dengan apa yang Allah sudah aturkan dalam hidup aku dan keluarga. Abanglah yang banyak mendidik adik-adik di rumah.

Tetapi hari ini, aku benar-benar menanggung rindu kepada seorang adik. Adik yang kini sedang belajar di Alor Setar [jauh jugak dari rumah] bersama-sama adik seorang lagi. Adik yang berumur 11 tahun yang dahulu sangat manja, kini menetap di asrama. Tidak ku sangka dia memilih untuk ke sana. Seorang yang manja, dan manja. Kalau diusik pasti mengamuk, kalau diusik sikit pasti menangis. Kadang-kadang sangat dasyat amukannya. 

Athirah, Hannan[anak buah] dan Atifah
Aku tahu, menghantar dia belajar di satu tempat yang baru, menetap di asrama yang punya disiplin dan kasih sayang adalah satu tarbiyah dan pendidikan baginya yang tidak punya ibu atau abah. Buktinya, adik aku yang berumur 13 tahun sekarang memperoleh 5A dalam UPSR, dan sangat bagus akhlaknya. Insyallah aku juga mengharapkan dia sebegitu. 

Akhir sekali, buat adikku Nur Athirah Md Salleh, maafkan k.cik atas ketegasan dan kekasaran atau kekurangan k.cik dalam mendidik adik-adik. K.cik mendoakan kejayaan anda di sana, jadilah insan yang sangat cintakan ilmu dan ISLAM. K.cik mengharapkan anda bakal menjadi sebahagian pendokong kepada ISLAM. 

Salam amat terindu buat adikku, Athirah..

Adikku Athirah
tentera yang dirindui..



 p/s : Time-time exam nie bnyak touching2 lak..mudah jer airmata jatuh..aishh..;(

3 comments:

  1. Saya dah agak dah....awak rindu kat family, and of coz adik awk yg sorg ni... Sebab tu saya tak banyak tanya, diorang tanya, biarkan aje... Neway, u de the right thing, insyaAllah, dia akn mndpt pntrbyh yg baik d sana..(^_^)

    ReplyDelete
  2. huhu..ngada kan..tapi saya sangat rindu..;(

    ReplyDelete
  3. alalala kakak saya.. bushuk2..hihi
    moga2 itu yang terbaik ok..jgn sdey..\('.')/

    ReplyDelete