Pages

Wednesday, May 11, 2011

Siasah Hari Ini

10 MEI – Selesai membaca berita-berita di Malaysia. Berbagai watak sedang dipertontonkan kepada dunia. Ada yang baik ada yang buruk. Begitulah manusia. Jika management hatinya tidak terurus, maka akan terlihatlah sikap dan watak yang buruk ke mata dunia. Ingat sahabat-sahabat perjalanan kita di dunia ini sementara, masa yang singkat ini jika tidak diuruskan dengan sebetulnya maka rosaklah diri kita. Bak kata tokoh ulama Indonesia, Aa Gym hati adalah komponen yang penting dalam pembentukan sahsiah kita:

“ Orang yang berhati bersih akan sangat yakin bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti  akan ada titik akhirnya. Ia tidak mudah terpengaruh dan berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walau dihentam dengan apa pun jua” ~ Abdullah Gymnastiar


Saban hari kita dimomokkan dengan berita yang entah benar atau tidak. Berita dan khabar yang berunsurkan kepada politik semata. Berita yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Lihat saja isu terbaru tentang “1 Melayu 1 Bumi” serta isu “Agama Kristian sebagai agama rasmi” serta isu “ Peraturan memakai skirt bagi pemain badminton wanita oleh BWF”. Isu-isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kepada rakyat Malaysia. bagaimana pula reaksi kita? Membenarkan saja berita seperti ini. Bagi isu agama Kristian sebagai agama rasmi yang dikeluarkan oleh akhbar terkenal tanah air [terkenal dengan juara mengeluarkan fitnah] ini, adakah ini satu kebenaran? Tidakkah mereka terfikir akhirnya nanti hanya akan menyebabkan isu perkauman sahaja. Jangan kita terlalu obsess mahu mengejar matlamat sehingga menyamakan politik dan agama. Ya! Agama tidak harus dipisahkan dengan politik..itu secular namanya!! Tapi jika matlamat kita adalah memperjuangkan politik sehinggakan agama menjadi korban apakah itu?

Rasulullah sendiri tidak pernah meletakkan matlamat politik itu di tahap yang paling atas. Apapun yang baginda lakukan adalah semata-mata kerana menegakkan kebenaran dan mengangkat Kalimah Allah. Akan tetapi kita sekarang semakin melupakan tujuan sebenar Allah SWT menjadikan insan dan makhluk di muka bumi ini. Makhluk yang ditaklifkan untuk terus mengembangkan agamanya iaitu Islam. Makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Kata ulama Aa Gym : Ingatlah saudaraku, hidup hanya satu kali. Mungkin tidak lama lagi kita akan mati. Marilah kita bersama-sama bergabung dalam barisan orang-orang yang terus memperbaiki diri. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjadikan hidup ini indah dan prestatif dengan bening hati, Insyaallah”
Di bait terakhir ini, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat, teman-teman dan sesiapa sahaja untuk kita sentiasa koreksi diri, untuk kita sama-sama renungi hati. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan orang hubbun dunia.

“ penyebab busuk hati bias bermacam-macam, salah satunya adalah karena terlalu cinta pada dunia (hubbun dunia). Kegelisahan sering dialami oleh orang yang sangat mencintai dunianya. Jabatan, pangkat, kehormatan, dan harta menjadi sesuatu yang sangat dibanggakan.”

Di bawah ini link-link berita dan isu yang disebutkan di atas :

No comments:

Post a Comment