Sudah berbulan lamaran ini diterima.
Sudah berbulan perkara ini bermain di minda.
Sudah lama kami merancang. Ini kesudahannya.
Hajat ke sana…
Sudah berbulan perkara ini bermain di minda.
Sudah lama kami merancang. Ini kesudahannya.
Hajat ke sana…
Bismillahirahmirahim.. Moga Allah redha~
Kepada sahabat dan sahabiah ku, mungkin ini jawapan yang dapat diberikan buat masa ini.
Tentang lamaran untuk ke Mesir.
Ketahuilah sememangnya mengambil kursus bahasa adalah salah satu perancangan
setelah saya bergraduasi nanti. Ya. Kursus bahasa. Sudah lama saya mencari apa
lubang yang saya boleh tembus untuk ke kursus bahasa, tak kisah bahasa Arab
ataupun English. Kenapa kursus bahasa? Kerana saya melihat ia satu perkara yang
sangat penting pada masa sekarang.
Pertama kali, apabila sahabat saya (roommate) bagitahu tentang PMFPI akan buat kursus bahasa kat Mesir saya sangat gumbira, ialah bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus mengatakan jawapan ya. dan saya terus bagitahu pada keluarga tentang program ini, dan Alhamdulillah seperti dijangka keluarga tiada masalah.

Tetapi kini, apabila sesuatu yang
kita tidak jangka.. Allah memberi petunjuk lain. Dengan harga tiket yang
semakin tinggi dan tuntutan sebagai mahasiswa di UKM yang belum selesai, Allah
seakan-akan memberi petunjuk untuk menangguhkan dahulu pemergian ke Mesir ini.
Dan begitu juga apabila saya minta pendapat abang, dia juga mengatakan demikian
iaitu menangguhkan sebentar pemergian ke Mesir.
Nah!. Inilah jawapan saya kepada
anda. Mungkin kali ini bukan rezeki saya untuk ke sana. Tetapi, nekad di hati
saya akan pergi juga nanti. Insyallah. Saya bukan sengaja nak menyusahkan orang
lain, tetapi saya telah mencuba untuk meluluskan pemergian saya ke sana. Tetapi….
Saya memohon maaf kepada pihak yang terlibat andai jawapan
saya ini, memberi kesan kepada gerak kerja kalian selepas ini. Hajat saya tetap
akan diteruskan. The time will come. Saya akan berusaha ke arah itu. Hal ini
kerana, saya sedih apabila tidak dapat membaca kitab-kitab Arab yang mana kita
tahu, terdapat pelbagai ilmu di dalamnya. Terus saya nekad untuk ambil kursus
bahasa ini. Biarlah saya dapat belajar kitab-kitab Arab dan dapat ajarkannya
kepada masyarakat.. Insyallah..
Sekian, Moga Allah redha..~
Asiyah Yusra
No comments:
Post a Comment