Pages

Thursday, February 2, 2012

Fuhhh..Tersentap!!!

Selesai menonton satu lagi klip video ceramah Habib Ali Al-Jufri berkenaan Nikah [Sunnah dan Adab Majlis Kahwin]. Bertepatanla dengan akan berlangsungnya majlis perkahwinan Presiden ISIUKM Saudara Mohamad Hafizan Abdul Hamid pada Sabtu ini, 4 Februari di rumahnya Seremban. Beberapa hari yang lepas, kakak junior PKMK [Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah] juga telah selamat diijabkabulkan.. Tahniah kak Solehah Abu Bakar..  tetapi bukan isu ini yang mahu dibicarakan, tetapi poin yang penting adalah NIAT.


Majlis walimah Ust Hafizan 4 Feb nanti di Seremban [foto walimah di Sik]


Menurut Habib Ali Al-Jufri dalam satu klip ceramahnya yang bertajuk Bagaimana Kita Memandang Orang Yang Berbuat Dosa, beliau sangat menyentuh hatiku dan menyedarkanku, dimana beliau membawa contoh seorang abid dengan seorang yang a’si yang bertembung dalam satu perjalanan. Sungguh, hanya kerana niat yang berprasangka sahaja, awan yang sentiasa melindungi orang yang abid tadi terus berubah tempat kepada orang yang a’si oleh kerana si abid tadi berprasangka kepada si a’si. Itulah Maha Penyayang dan Maha Adilnya Allah. Allahu Rabbi.



Terimbau kembali, aktiviti –aktiviti yang telah dilaksanakan 2 minggu yang lepas di Kedah. Sebelum pulang, sememangnya runsing juga kerana terpaksa tinggalkan gerak kerja di Bangi ini, tetapi memandangkan aulawiyat ketika itu adalah mengikuti program di Langkawi, Allah gerakkan juga kakiku ke sana. Alhamdulillah, Allah pertemukan juga dengan gerakan yang sefikrah dan sama-sama bergerak kerja untuk memenangkan Islam. Allah menghantar aku ke sana untuk membantu saudara-saudara di sana. Alhamdulillah secara tak langsung dapat juga bagi sumbangan kepada MTD Air Hangat dan Nisa Langkawi.  Itulah yang dikatakan NIAT. Bila kita betulkan NIAT, insyallah Allah akan sentiasa melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukaiNya.

Bersama pimpinan muslimat MTD Air Hangat


Selesai program di Langkawi, Allah hantar aku ke Bendang Man, Sik untuk sama-sama menggerakkan program QTC SMAYK, iaitu sebuah program kepimpinan untuk pelajar sekolah lamaku.. NIAT ku ketika itu, hanyalah untuk memberi kefahaman erti kepimpinan yang sebenar, erti berdakwah sesama sendiri, erti berukhwah.. Walau masa yang ada sangat singkat, tetapi pengharapan dan tawakkal kepada Allah cukup menenangkan diriku, kerana aku tahu proses tarbiyah ini bukan berlaku sekali dua, tetapi mestilah berpanjangan..

Peserta QTC 2012 seramai 110 orang..

Dan kini, aku kembali ke Bangi.. Sememangnya family dekat rumah terkilan kerana sat [bahasa Kedah] sangat berada di rumah, padahal cuti 1 bulan.. Niat..Niat.. Aku nekad kembali juga ke Bangi kerana tuntutan tanggungjawab yang belum selesai. Aku hanya berpegang, kepada keyakinan kepada Allah.. jika benar tindakan kita, insyallah Allah akan permudahkan..


Sandarkanlah keyakinan kepada Allah, Allah yang mencipta kita, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Allah lebih mengetahui apa yang tertanam di lubuk hati manusia, lebih mengetahui apa yang kita rasa, apa yang kita perlukan.. tinggal kita sahaja yang mesti sentiasa berdoa kepadaNya. Allah tidak kedekut, tetapi kita yang malas dan sombong untuk meminta dariNya.. 


Kata Allah : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akanku perkenankan doamu..” 
[Al-Mukmin :60]
Allah..Allah..

 p/s : Jika ada sebarang kesalahan dan kekurangan dalam penulisan ini,sila 'buzz'kan..~

No comments:

Post a Comment