Pages

Tuesday, December 27, 2011

DIALOG CIKGU DAN BUDAK DARJAH 3


Budak: Cikgu, kenapa org dewasa jahat? Tak suka buat baik? Tak suka agama? Banyak cerita sebut tentang pemimpin tak adil, kisah raja yang zalim, kisah kaum-kaum yang dimurkai Allah, sejak dulu sampailah sekarang. Kenapa macam tu cikgu? Kenapa dorang macam tak suka Islam, tak suka ajaran Allah?

Cikgu: Baik. Saya tanyakan kamu balik. Bila seseorang, mak atau ayah suruh kamu solat, kamu terus buat dengan senang hati ATAU buat dengan rasa terpaksa, berlengah-lengah, malas-malas dan bermacam-macam alasan?



Budak: Kadang-kadang saya buat dengan senang hati, tapi banyaknya yang macam cikgu sebut tadi tu la. 

Cikgu: (senyum) Sama juga dengan orang-orang yang kamu sebut tadi, mereka juga berasaskan benda yang sama yakni "Tak suka, malasnya." pada suruhan agama. Iman dan akal sentiasa akan dilawan hebat oleh dua musuh ketat, iaitu NAFSU dan SYAITAN. 


Budak: (mengangguk-angguk. entah faham, entah tidak). Cikgu, kan best bila dunia ni semua pemimpinnya adil dan sukakan Islam? Rindu nak ada pemimpin cinta Allah macam Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Cikgu: Cikgu pun. (tersenyum...dalam hati berkata:"banyak lagi yg tidak difahami oleh seorang budak kecil tentang dunia penuh tipuan.")

Fitrah seorang kanak-kanak juga mahukan seorang pemimpin yang adil, beriman dan penuh dengan kewibawaan seorang pemimpin, Seorang kanak- kanak juga mendambakan seorang pemimpin yang bisa memandu dirinya ke arah satu matlamat hidup yang jelas dan baik serta diredhai oleh Allah.




Ermm..lantas mengapa diri kita masih menyokong dan berdokong di bawah pimpinan seorang pemimpin yang jelas tidak akan mampu membawa kita ke arah mardhotillah. Carilah pemimpin yang akan membawa kita kearah jalan yang lurus. Dan kita juga mesti terus berusaha untuk menajdi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan berwibawa sebagaimana Saidina Umar Al-Aziz, sebagaimana Sultan Ahmad Al-Fateh dan tokoh-tokoh pemimpin Islam yang lain..

Ayuh berubah!

- asiyah yusra-


Friday, December 23, 2011

SATU WAWANCARA : ADAM ADLI MAHASISWA BERANI!

Bismillahirahmanirahim..


Hari ini saya ingin berkongsikan wawancara antara Saudara Adam Adli dengan wartawan Akhbar Sinar Harian berhubung isu yang hangat diperkatakan hari ini.

SESI WAWANCARA ANTARA SAUDARA ADAM ADLI DENGAN WARTAWAN SINAR HARIAN



Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini. 
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. 
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar. 
Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi. 

Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana
 
pihak?
ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan. 
Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.
Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu. 


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?


Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik. 
Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.


Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh? 
Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.  
Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan. 


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih. 


Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya. 
Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.” 
Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya. 
Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.  
Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya. 


Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.


Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.
Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.


Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.  
Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.

Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.  
Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.  
Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa. 

Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.


Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali. 
Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.


Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.  
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.

Sumber : Sinar Harian
               :http://wanmuhammadhazem.blogspot.com

Wednesday, December 21, 2011

BUKAN SEKADAR CINTA MUKA BUKU


Kita berkenalan hanya dalam di laman muka buku Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu..Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh.. benarkah rasa itu..Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita cari peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa 

Lagu di atas sering meniti di bibir anak-anak muda zaman sekarang dan tidak kurang juga mahasiswa kita juga. Lagu yang menarik dan catchy untuk di dengar tidak hairanlah menjadi favourite anak muda.

Entri kali ini bukan hendak bincangkan tentang lagu Najwa Latiff ini tetapi berkaitan Muka Buku itu sendiri ataupun dikenali dengan Facebook. Dewasa ini, anak-anak muda dan remaja malah mahasiswa juga sangat aktif dalam laman sosial, Facebook ini. Laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg mendapat sambutan ramai di kalangan pelbagai pihak. Dan ia dikatakan satu website yang penting untuk diakses. Setiap remaja yang tidak memiliki akaun facebook akan dikatakan kurang ‘up to date’. Facebook mempunyai pengaruh yang besar di kalangan remaja, dewasa, golongan professional, artis hatta pemimpin sendiri.


DAKWAH MELALUI FACEBOOK

Saya juga semestinya memiliki akaun facebook. Asiyah Yusra nama diberi. Namun, sejauhmana kita manfaatkan kemudahan ini dalam mengembangkan lagi Islam. Semasa berjalan-jalan di PKNS tadi, dengan niat pergi membeli buku di kedai Syabab kerana ada sale hebat sekarang, saya terjumpa sebuah buku berkaitan dengan facebook. Tajuknya ialah Facebook: Sebelah Syurga, Sebelah Neraka. Sebuah bingkisan yang menghurai tentang aplikasi dalam facebook dan bagaimana kita boleh memanfaatkan facebook untuk memberi pulangan yang baik kepada diri kita.


Seperti dalam kuliah Teknologi Maklumat Dakwah, Ustaz Faisal ada menyebut, sebagai pendakwah gunakan kekuatan yang kita ada untuk berdakwah. Contoh mudahnya ialah kita boleh klik ‘share’ mana-mana artikel menarik yang boleh memberi kefahaman masyarakat tentang Islam. Bagi yang berkemahiran dalam menulis, tulislah status-status yang mantop lagi hebat sehingga dapat memberi kesan kepada yang membacanya.

Contoh status : "Berapa banyak anda meminta, tapi dia selalu memberi. Berapa banyak anda memohon, dan dia pun memberi secara percuma. Berapa banyak anda melakukan kesalahan, dan dia yang memperbetulkan. Berapa banyak anda mengalami kesulitan, dan dia kemudian memudahkan dan berapa banyak anda berdoa lalu Allah mengabulkannya".

Mencegah kemungkaran bukanlah suatu pilihan, ia bukan satu tugas part time dan ia juga bukanlah tanggungjawab sebahagian daripada kita sahaja, bahkan ia menjadi suatu kewajipan bagi setiap manusia yang mengaku Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai pesuruh-Nya.

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim) 
CINTA MUKA BUKU

So, amacam?? Anda nak duduk di hadapan facebook 25 jam pun boleh, sekiranya anda mempunyai matlamat yang JELAS kenapa anda berbuat sedemikian. Kalau sekadar hanya sembang-sembang dengan kawan lama, tengok-tengok gambar, lihat status orang, lihat gambar orang..Tolonglah! tinggalkan kerja sia-sia ini. Bercintalah di facebook pun, tetapi jadikan kecintaan anda berfacebook adalah kerana anda hendak melakukan dakwah. Sememangnya kita dilahirkan dan diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi Allah dengan tugas amar maaruf nahi mungkar. Kerja ini bukan tertanggung di atas bahu pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan semata, tetapi ianya tertanggung di atas diri kita semua.

Muhasabahlah diri kita..
Renungilah perilaku kita..
Perbaharui niat kita..
Mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah dalam usaha menjadi Al-Insan Al-Kamil…


- Asiyah Yusra -

Monday, December 19, 2011

Antara OMBAK RINDU” dan “HAFALAN SHALAT DELISA”

Ombak Rindu dan Hafalan Shalat Delisa masing-masing merupakan judul filem di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua filem ini di adaptasi dari sebuah penulisan ataupun novel, kemudian diangkat menjadi filem kerana penceritaan yang bagus. Kedua-dua juga berkaitan dengan ombak. Tetapi apa yang membezakannya adalah bagaimana penjagaan syariat dalam menghasilkan filem ini.

Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Filem yang menceritakan tentang penceritaan seorang gadis yang terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang dia sendiri tidak kehendaki. Kehidupan yang mencabut sebuah kehormatan seorang wanita. Berbagai adegan yang kurang elok dipersembahkan sebagai satu tarikan kepada filem romantis ini. Kesimpulan daripada cerita ini adalah, keikhlasan sebuah cinta sangat diperlukan, dan segala halangan dalam percintaan akan dapat diatasi jika cinta yang wujud itu adalah sebuah cinta yang ikhlas.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.




Hafalan Shalat Delisa

Kisah seorang anak kecil yang bernama Delisa yang berumur 6 tahun. Delisa hidup dalam sebuah keluarga yang islamik. Menjadi kebiasaan bagi masyarakat kampung Delisa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tambahan iaitu sekolah yang mengajarkan tentang Al-Quran, akidah. Sejarah Islam dan sebagainya.

Delisa mesti menghabiskan hafalan bacaan solat yang diawasi oleh gurunya. Ibunya menjanjikan sekalung rantai emas 2 gram yang ada bentuk D yang beerti Delisa. Oleh kerana bercita-cita mahukan kalung itu, Delisa bersungguh-sungguh dalam menghafal bacaan dalam solat. Tarikh ujian hafalannya adalah pada 26 Disember 2004 [ Hari Tsunami ]. Pada hari kejadian, Tsunami berlaku Delisa sedang khusyuk menghabiskan bacaan solatnya. Ketika waktu kejadiann Tsunami juga, Delisa tidak sedarkan diri sehinggalah Delisa tersedar dia sudah kehilangan keluarganya.

Pada akhir novel diceritakan penyebab hafalan solat itu hilang adalah kerana sebelum bencana tsunami terjadi, Delisa menghafal bacaan solat kerana mengingikan hadiah, bukan ikhlas kerana Allah. Ketika dia menyedari hal itu dan menyatakan tidak menginginkan hadiah kalung tersebut, bacaan solat itu seolah-olah bicara padanya. Akhirnya Delisa boleh menyempurnakan solatnya. Pada saat itu Allah memberikan hadiah besar padanya. Ia menemukan jasad (tulang belulang) ibunya yang selama ini hilang akibat tsunami dalam keadaan memegang kalung yang akan dihadiahkan padanya itu.


Ibrah kepada KITA!

Nah anda sudah lihat dan baca kan…Apa pandangan anda sekarang. Agak terusik jiwa saya apabila melihat promo Trailer filem Hafalan Shalat Delisa. Tetapi pengarah-pengarah filem di Malaysia lebih berminat membuat filem dengan memasukkan adegan-adegan yang tidak senonoh bagi saya. Malah pengarah filem Ombak Rindu sendiri berkata adegan sebegitu merupakan adegan penting seolah-olah nadi kepada filem itu.
Apabila saya melihat keadaan sebegini, adakah masyarakat kita sekarang lebih mementingkan kemahuan nafsu daripada keperluan rohani? Keperluan rohani untuk membentuk jiwa yang kamil dalam mengenal Allah. Media sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan pemikiran seseorang. Media selalu memainkan propagandanya dalam melariskan sesuatu produk yang dikeluarkan.

 baca link ini.

Daie dan Media

Saya suka dengan kawan2 dan sahabat-sahabat yang pakar dalam media, design, video dan sebagainya. Mereka adalah satu asset yang berharga kepada medan dakwah. Metod dakwah berteknologi sangat berkesan sekarang tambah-tambah pengaruh besar laman sosial, Facebook. Jika seorang daie itu juga digelar seorang designer, seorang pengarah filem, video, seorang Menteri Penerangan dan sebagainya yang berkaitan saya sangat OPTIMIS, Islam akan tersebar dengan mudah dan meluas. Masya Allah~. Saya sangat berharap akan muncul juga sebuah filem yang mengangkat isu dakwah sebagai nadi sebuah filem.