Pages

Friday, May 27, 2011

Tugasan LAI @ Pasuruan : Motivasi Belajar


NOR ASIYAH BT MD SALLEH
JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
LATIHAN AMALI INDUSTRI UKM

Motivasi Pelajar
Pengenalan
Setiap pelajar itu tentunya seorang manusia yang memerlukan pengisian rohani. Motivasi yang dimiliki oleh setiap orang adalah berbeza. Ada yang punya motivasi yang tinggi dan ada  yang punya motivasi yang rendah. Orang yang mempunyai motivasi yang tinggi akan sentiasa ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Manakala orang yang mempunyai motivasi yang rendah, rentak dan usaha kearah kecemerlangan akan perlahan.
       Seberapa kuat motivasi yang dimiliki individu akan banyak menentukan terhadap kualiti perilaku yang ditampilkannya, baik dalam konteks belajar, bekerja mahupun dalam kehidupan lainnya.
       Kajian tentang motivasi telah sejak lama memiliki daya tarikan tersendiri bagi golongan pendidik, pengurus dan peneliti, terutama dikaitkan dengan kepentingan upaya pencapaian prestasi seseorang.
Definisi
       Motivasi berasal dpd perkataan latin “movere” bermaksud menggerak.
       Aktiviti yg terbit dari dalam diri.
       Ada dalam semua manusia.
       Berasaskan keperluan dan proses yang berterusan.
       Penyebab kita melakukan sesuatu.
       Boleh memberi kepuasan kepada individu.

Proses Motivasi
  1. Keperluan yg belum dipenuhi (need).
  2. Wujudnya tekanan (Penggerak).
  3. Menjadi dorongan (Tonjol tingkah laku).
  4. Mengambil tindakan.
  5. Keperluan dipenuhi (Tercapai / tidak).
  6. Mendapat kepuasan (Maklum balas)

Pada dasarnya, setiap orang itu mempunyai dua faktor yang membuatkan dirinya termotivasi :
Pertama :

1.      Faktor Internal dimana terbentuk daripada kesedaran diri dan pemahaman seseorang betapa pentingnya belajar untuk mengembangkan dirinya dan sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan. Kesedaran daripada diri sendiri akan menjadikan kesannya lebih impak dan sangat berkesan.

2.      Faktor External dimana terbentuk hasil rangsangan daripada orang lain contohnya daripada guru, penceramah, ibu bapa dan lain-lain. Faktor ini juga termasuk dengan faktor luaran iaitu faktor sekeliling samada daripada masyarakat, alam sekitar dan juga faktor kawan-kawan. Selalunya faktor ini hanya memberi kesan yang sebentar berbanding dengan seseorang yang termotivasi hasil daripada faktor dalaman.

Justeru itu, ada beberapa cara yang boleh dikemukakan sebagai cara untuk memotivasikan diri. Sebenarnya cara bagaimana untuk memotivasikan pelajar bergantung kepada setiap pelajar dan orang yang mahu memberi motivasi. Ertinya, setiap cara atau teknik motivasi itu bergantung kepada situasi pelajar tersebut.


Cara motivasi belajar :

       ·         Menetapkan visi atau matlamat
Setiap pelajar haruslah mempunyai visi dan misi untuk belajar. Mengapa dan kenapa seseorang itu belajar. Seseorang itu hendaklah sentiasa mengemukakan pelbagai persoalan dalam dirinya untuk memberi kesedaran kepada dirinya tentang hakikat seorang pelajar. Mengapa dia harus ke sekolah? Untuk apa dia belajar? Kenapa mesti cemerlang? Kenapa? Mengapa? Bagaimana?

  • Tidak menganggap belajar sebagai satu bebanan

Mahu belajar? Malas? Itu adalah penyakit yang ada dalam diri pelajar. Setiap manusia punya penyakit itu iaitu penyakit MALAS. Justeru itu, anggaplah belajar itu adalah satu permainan yang sangat menyeronokkan. Satu aktiviti yang sangat memberi keasyikan disamping memberi manfaat kepada pelajar. Sesuatu perkara jika kita lakukan tanpa rasa beban tidak sesekali memberi tekanan dan stress kepada kita. Contohnya, kanak-kanak yang suka bermain bola sepak. Bagi orang yang tidak suka bermain bola sepak, dia akan menganggap bola sepak itu satu permainan yang memberi tekanan kepada pemain dan orang yang menontonnya kerana hanya berebutkan sebiji bola tetapi harus berlari satu padang yang besar. Tetapi bagi orang yang menyukainya ia merasakan sebaliknya, dimana disitulah terdapat keseronokannya bermain bola. Boleh melepaskan tekanan dan stress belajar.

       ·   Fokus

Sebuah ungkapan yang sangat bagus untuk memotivasikan pelajar adalah :
“ kehidupan tidak akan pernah menjadi luar biasa tanpa fokus, dedikasi dan disiplin”

Dengan fokus, maka akan membuat anda lebih tajam dalam menentukan sasaran. Ibaratnya, sinar matahari tidak akan boleh membakar  kertas, akan tetapi jika sinar ini difokuskan dengan kanta pembesar, sinar ini mampu membakar bukan hanya kertas sahaja bahkan boleh membakar seketul daging sehingga masak. Itulah kuasa FOKUS!!.

  • Tidak ada istilah menyerah dalam kamus hidup.

Setiap usaha pasti ada kegagalannya. Ada kejatuhannya. Anda juga pasti pernah gagal!!Benar?
Tetapi orang yang mahu berjaya, dan punya motivasi dirinya akan sentiasa menganggap setiap kegagalan dan kejatuhan itu sebagai dorongan kepada dirinya. Pastinya tidak ada istilah putus asa atau “ give up”. Jika istilah itu pernah ada dalam kamus anda padamkan ia.

  •  Perlu ada kesabaran dan waktu.

Setiap perkara yang anda mahu lakukan mesti punya kesabaran. Ada sifat sabar maka akan ada hasilnya. Setiap kejayaan yang diperoleh itu ada prosesnya. Oleh itu anda perlu sabar dalam menjalani proses menerima kejayaan.


Tips Meningkatkan Motivasi Pelajar
1.     -   Bergaullah dengan orang yang suka belajar.
·         Ada pepatah yang mengatakan “ sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan mendapat bau wanginya, sesiapa yang berkawan dengan pengutip sampah akan peroleh bau busuknya”. Sepertimana yang sudah sedia maklum, antara faktor kejayaan seseorang itu adalah sekelilingnya. Jika dia berteman dengan orang yang sentiasa positif maka dia akan sentiasa optimis.

2.     -   Belajar apa sahaja.
·         Sebagai seorang pelajar, perlu ada sifat ingin tahu yang tinggi, sifat mahu mengetahui apa sahaja. Sebagai seorang pelajar juga, kesediaan untuk belajar apa sahaja harus ada kerana pada usia yang muda ini, pelbagai ilmu yang harus dipelajari dan difahami sebagai bekalan akan datang.

3.      -  Belajar dari internet.
·         Orang yang suka belajar akan sentiasa berusaha mendapatkan dan mencari apa sahaja sumber ilmu samada dari buku, teman-teman mahupun dari internet. Dunia yang serba canggih ini telah menjadikan segalanya menjadi mudah dengan maklumat hanya di hujung jari. Belajarlah apa yang baik daripada internet. Ambil yang jernih buang yang keruh.

4.     -  Bergaullah dengan orang yang optimis dan selalu berfikiran positif.
·         Pergaulan seseorang sangat mempengaruhi seseorang. Sepertimana dapat kita lihat di pentas dunia sekarang banyak sekali masalah sosial, masalah yang melibatkan remaja kerana pergaulan mereka yang salah. Mereka sering salah memilih kawan, sahabat mahupun teman. Oleh itu, pilihlah sahabat atau teman yang boleh memberikan motivasi dan dorongan kepada kita, sahabat yang boleh berkongsi masalah kerita suka dan duka. Pilihan yang tepat akan membantu kita berada dalam keadaan yang positif.

5.      -  Cari motivator.
·         Setiap pelajar mesti ada pengajarnya. Begitu juga antara langkah mendapatkan motivasi adalah dengan mencari siapa yang boleh memberi motivasi kepada dirinya. Tentulah seorang motivator. Carilah, berkawanlah, belajarlah dari seorang motivator, nescaya diri anda akan sentiasa termotivasi.
  
Kesimpulan
Secara ringkasnya, seorang individu itu sangat memerlukan motivasi untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan cemerlang. Tanpa motivasi “booster” dalam diri tidak akan keluar untuk member kelajuan maksima kepada individu dalam mencari kebaikan dan kecemerlangan dalam hidup. Hiduplah dengan penuh termotivasi khususnya sebagai seorang pelajar kerana rintangan ketika menjadi seorang pelajar sangatlah berat, jika dirinya tidak diisi dengan motivasi rentak dan usaha kearah kecemerlangan akan perlahan.
Pada dasarnya, cara mendapatkan motivasi bergantung kepada dirinya sendiri. Kebijakkannya mengaplikasikan faktor sekeliling sebagai pencetus motivasi adalah satu tindakan yang sangat bijak. Kembali menjadi hamba Allah yang yang paling taat perintahNya juga akan mendapatkan motivasi, kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah kembali kepada Allah nescaya engkau akan mendapat petunjuk.

Wednesday, May 11, 2011

Siasah Hari Ini

10 MEI – Selesai membaca berita-berita di Malaysia. Berbagai watak sedang dipertontonkan kepada dunia. Ada yang baik ada yang buruk. Begitulah manusia. Jika management hatinya tidak terurus, maka akan terlihatlah sikap dan watak yang buruk ke mata dunia. Ingat sahabat-sahabat perjalanan kita di dunia ini sementara, masa yang singkat ini jika tidak diuruskan dengan sebetulnya maka rosaklah diri kita. Bak kata tokoh ulama Indonesia, Aa Gym hati adalah komponen yang penting dalam pembentukan sahsiah kita:

“ Orang yang berhati bersih akan sangat yakin bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti  akan ada titik akhirnya. Ia tidak mudah terpengaruh dan berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walau dihentam dengan apa pun jua” ~ Abdullah Gymnastiar


Saban hari kita dimomokkan dengan berita yang entah benar atau tidak. Berita dan khabar yang berunsurkan kepada politik semata. Berita yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Lihat saja isu terbaru tentang “1 Melayu 1 Bumi” serta isu “Agama Kristian sebagai agama rasmi” serta isu “ Peraturan memakai skirt bagi pemain badminton wanita oleh BWF”. Isu-isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kepada rakyat Malaysia. bagaimana pula reaksi kita? Membenarkan saja berita seperti ini. Bagi isu agama Kristian sebagai agama rasmi yang dikeluarkan oleh akhbar terkenal tanah air [terkenal dengan juara mengeluarkan fitnah] ini, adakah ini satu kebenaran? Tidakkah mereka terfikir akhirnya nanti hanya akan menyebabkan isu perkauman sahaja. Jangan kita terlalu obsess mahu mengejar matlamat sehingga menyamakan politik dan agama. Ya! Agama tidak harus dipisahkan dengan politik..itu secular namanya!! Tapi jika matlamat kita adalah memperjuangkan politik sehinggakan agama menjadi korban apakah itu?

Rasulullah sendiri tidak pernah meletakkan matlamat politik itu di tahap yang paling atas. Apapun yang baginda lakukan adalah semata-mata kerana menegakkan kebenaran dan mengangkat Kalimah Allah. Akan tetapi kita sekarang semakin melupakan tujuan sebenar Allah SWT menjadikan insan dan makhluk di muka bumi ini. Makhluk yang ditaklifkan untuk terus mengembangkan agamanya iaitu Islam. Makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Kata ulama Aa Gym : Ingatlah saudaraku, hidup hanya satu kali. Mungkin tidak lama lagi kita akan mati. Marilah kita bersama-sama bergabung dalam barisan orang-orang yang terus memperbaiki diri. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjadikan hidup ini indah dan prestatif dengan bening hati, Insyaallah”
Di bait terakhir ini, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat, teman-teman dan sesiapa sahaja untuk kita sentiasa koreksi diri, untuk kita sama-sama renungi hati. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan orang hubbun dunia.

“ penyebab busuk hati bias bermacam-macam, salah satunya adalah karena terlalu cinta pada dunia (hubbun dunia). Kegelisahan sering dialami oleh orang yang sangat mencintai dunianya. Jabatan, pangkat, kehormatan, dan harta menjadi sesuatu yang sangat dibanggakan.”

Di bawah ini link-link berita dan isu yang disebutkan di atas :

Thursday, May 5, 2011

Nota dari Pasuruan (2)


5 MEI- Alhamdulillah sudah lima hari di Kota Pasuruan ini. Lima hari jauh dari suasana Malaysia, lima hari hanya makan makanan Indonesia. Nah! Akhirnya rasa itu datang juga..rasa rindu dan tidak sihat datang berkunjung sebagai cabaran berada di rantau orang. Ecah sudah selsema. Ana pula rasa mual dan tak sedap badan. Gara-gara makan nasi lalapankah?? [sejenis nasi yang ada ulam. Ulam=lalap]. Kelmarin sembang-sembang dengan anak-anak kelas 3, Doni, Tegar, Firman dan Rahman best ngomong sama mereka. Banyak cerita dan bahasa yang dikongsi bersama. Anak-anak ini seperti pelajar-pelajar contoh di Malaysia. Baik dan rajin.
Anak-anak di MTsN, Firman, Tegar, Rahman dan Doni

Berkenaan sekolah ini, namanya ialah Madrasah Tsanawiyah Negeri Pasuruan (MTsN Pasuruan). Di Indonesia ada SD, SMP,SMR. SD itu sekolah dasar iaitu sekolah rendah di Malaysia, manakala SMP itu sekolah menengah rendah terus SMR itu sekolah menengah atas. MTsN itu sekolah menengah rendah yang punya pelajarnya dari tingkatan 1-3. Pelajar tingkatan 3 disini baru sahaja tamat ujian nasional khayak(seperti) PMR gitu. Jadi bila ujiannya udah abis, diorang tak perlu ke kelas, hanya ke sekolah untuk dapatkan informasi dari guru-guru (buk guru) di sekolah. 

Tugas kami di sini adalah mengendalikan piket (jaga pelajar-pelajar, pastikan guru ada dalam kelas, buat catatan. Tekan loceng setiap jam pelajaran), arrange program motivasi bagi pelajar tingkatan 3 seterusnya mengisi kelas-kelas kosong. Sejak 5 hari di sini baru hari ini tugas-tugas yang diberikan dijalankan sepenuhnya. Hari ini kami berempat mengendalikan program motivasi buat pelajar tingkatan 3 buat kali pertama. Ternyata di situ banyak cabarannya dimana bahasa menjadi cabaran utama bagi kami. Ialah bahasa jowo yang sebelum ini tidak dipraktikkan di kampus atau di mana-mana. Kalau bahasa Kelantan itu ngak apalagi, ini bahasa jowo timur. Aduhai apala nasib. Tetapi kami tidak pernah menjadikan masalah tersebut sebagai penghalang utama untuk meneruskan misi memberi dan menerima pengalaman di sini-sini bersama anak-anak Indonesia. 

Pengalaman memberi pengisian tidak dapat dilupakan. Belajar untuk bercakap dengan tempo yang perlahan, belajar untuk berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak, belajar untuk memberi apa yang mereka mahu bukan apa yang kita ada. Kata Pak Muniri (salah seorang guru yang dihormati di sini):

“Ngak apa bahasanya, yang pasti kamu jangan mundur, belajar untuk  terus kedepan, ialah kita sedang belajar.. kamu harus cakap perlahan-lahan biar anak-anak ini jelas apa yang kamu mahu sampaeikan, teruskan aja”

Kata-kata Pak Muniri itu menjadi pendorong untuk kami teruskan. Alhamdulillah sehingga ke penghujungnya anak-anak tidak berkurang dan tidak berganjak. Apa yang ana tekankan kepada anak-anak ketika sesi penutup bagi slot ice breaking hari ini ialah  :

Solat itu adalah doa.
Kejayaan yang sebenar itu datangnya dari Allah bukannya atas kita. Allah yang menentukan kejayaan setiap anak-anak. Ya..samada kamu gagal atau lulus itu semuanya dari Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.
"Sesungguhnya Allah itu berkuasa ke atas setiap sesuatu”
Dan kalau kamu mahu berjaya kamu mesti ada DUIT :
D= DOA
U= USAHA
I= IKHTIAR
T= TAWAKAL

Dan akhirnya kamu mesti ada keyakinan bahawa kamu adalah dari golongan yang berjaya.. Anak-anak semuanya mengameenkan doa, hati mulus mereka semuanya mahukan kejayaan. Pada sebelah pagi tadi sebelum slot motivasi ini, mereka semua telah berzikir, berdoa, berselawat di bawah pimpinan Pak Muniri moga-moga kejayaan bersama mereka. Ya Allah betapa lembutnya hati anak-anak ini. Susah melihat keadaan sebegini di Malaysia.

Akhir kalam janji Allah itu adalah pasti, janji Allah itu adalah pasti, setiap usaha yang kita lakukan jika tanpa doa tidak akan berguna. Pohonlah kepada Allah nescaya Allah akan perkenankan.
Pak Muniri bersama anak-anak kelas 3

Anak-anak (cowok) kelas 3..Tergelak mereka dengan gaya upin ipin

Pelajar puteri yang sopan


Khusyuk mendengar penerangan



Doni melukis wajanhnya dalam slot wajah saya.

Kata anak-anak disini : "kami ngak bisa gambarkan wajah kami"

Cute aja...;)

Tuesday, May 3, 2011

NOTA DARI Pasuruan,SURABAYA, INDONESIA

1 Mei 2011 – Alhamdulillah sudah sampai di Kota Pasuruan, Surabaya.  Semalam selepas sampai di Airport Surabaya kami langsung di bawa ke Kota Pasuruan, oleh Mas Romzey dan Zainuddin. Romzey adalah saudara kepada pelajar Indonesia di UKM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami juga singgah makan malam di warung masakan padang. Kalau di Malaysia tak pernah terpikir nak makan masakan padang. Kelihatannya biasa aja. Bila makan, ermm sedap jugak..kena dengan selera orang Malaysia(Kedah) ;). Dalam perjalanan, dapat dilihat suasana, udara, orang-orang Indonesia. Waktu malamnya bagaikan siang di Malaysia. Mereka lebih banyak guna motorsikal (speda motor) daripada kereta (mobil). Hon di jalanan sering saja dibunyikan. Macam tak ada aturan di jalanan[ terbiasa ckap Indonesia]. Akhirnya sampai juga kami di Pasuruan. Kami berhenti di masjid Al-Kauthar tempat Romzey bekerja. Kami rehat di sana sampai pagi sebab kos (bilik sewa) tak dapat sebab tuan rumag dah tidur. Makanya berehatlah kami di kantor masjid. Jam 6 sudah cerah di sini. Subuhnya jam 4 pagi. Awal di sini. Pada keesokkannya, kami sarapan di warung Wong Solo, makan nasi pecel sama teh botol. Hehe Nampak kelakar je namanya. Rasanya macam air teh tapi dalam botol. Ecah [kawan sepraktikal] makan nasi lalapan, ternyata nasinya macam pecel lele di Malaysia.



      Pada keseluruhan harinya kami berehat di kos dan jalan-jalan di Alun-alun iaitu pekan bagi kawasan tersebut. Pusing-pusing di pekan sambil minum es degan[air kelapa] untuk hilangkan haus. Harga barangan di sini murah ada juga sebanding di Malaysia. Setakat ini sahaja nota dari Pasuruan buat hari ini. Di bawah ini gambar-gambar yang bisa menggambarkan keadaan di sana.
Masakan Padang
bersama Mas Zainuddin sebelum yg banyak membantu kami sebelum pulang ke Malang. beliau belajar di Malang dlm bidang Undang-undang.
Kampus pendidikan yang ada di Pasuruan
Es degan [air kelapa] yg sdap..ini yg menjadi favourite kami di sini
wajah es degan
sejenis makanan jawa..tepung + jagung hancur + telur + ikan masin

sampai di Airport Surabaya
baru je sampai di airport