Pages

Thursday, April 28, 2011

Sumpah satu permainankah??


Hangat dan bengang dengan isu terbaru..SUMPAH!!..Adakah sumpah ini macam PES..boleh dibuat main sesuka hati. Umat Islam perlu faham dan peka apa sebenarnya maksud sumpah. Dan sumpah yang bagaimanakah yang dibolehkan dalam Islam. Baca lebih lanjut definisi dan konsep sumpah disini. Dan anda juga boleh merujuk Fiqh Manhaji jilid 3 yang berkaitan tajuk Sumpah dan Nazar untuk penjelasan lebih lanjut.
Sememangnya sumpah adalah satu cara untuk mencari kebenaran, sebagai pengukuhan dan pengakuan tidak bersalah jika tidak bersalah atas sesuatu fitnah. Walaubagaimanapun, pelaksanaan sumpah masih ada peringkatnya. Malahan agama Islam sendiri, tidak menyukai orang yang suka bersumpah tanpa sebab yang kukuh. Malahan Islam mengajak umatnya untuk menjauhi perbuatan sumpah ini. Firman Allah :

"224. (dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui." [Al-Baqarah : 224]

           Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai.
Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim, ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha. Kata lelaki ini Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan. Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah.

          Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata : Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian. Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan engkau merdekakan hamba-hambamu dan segala harta kamu dijadikan belanja untuk pakaian Kaabah. Sebab yang demikian telah dilarang oleh Allah SWT. Janganlah kamu jadikan Allah sebagai penghalang dari sumpah mu itu, oleh itu hendaklah kamu bayar kaffarah dari sumpahmu itu iaitu :

1. Memerdekakan seorang hamba
2. Memberi makan kepada 10 orang miskin
3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.

            Namun ada riwayat yang mengatakan ayat ini turun kerana Saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah tidak mahu meneruskan bantuan kepada seorang miskin yang bernama Misthah bin Utsatsah. Ini kerana Misthah terlibat bersama Abdullah bin Ubai bin Salul menyebarkan fitnah kononnya isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah r.anh mempunyai hubungan sulit dengan Safwan bin Muattol. Apabila turun ayat Al-Quran yang membersihkan Aisyah dari tuduhan fitnah tersebut, Saidina Abu Bakar bersumpah tidak mahu meneruskan bantuan kepada Misthah.

Tiga sumpah yang dilarang oleh Rasulullah …
 Sabda Rasulullah saw   :   
لا نذر ولا يمين فيما لا يملك ابن أدم ولا في معصية الله ولا في قطعة رحم
Maksudnya : Tidak ada Nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam,dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah SWTdan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)

Berdasarkan hadis ini Nabi saw melarang bersumpah dalam 3 perkara :

1. Bersumpah dalam perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam seperti ungkapan : “Wallahi, anak aku pasti akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini”
2. Bersumpah dalam melakukan maksiat seperti katanya “Wallahi aku akan berjudi pada petang ini”..
3. Bersumpah untuk memutuskan silaturrahim seperti katanya “Wallahi aku tidak akan menegurnya kembali”.
Bersumpah kerana terpaksa.

Firman Allah SWT pada ayat selanjutnya,
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (225)

          Maksud ayat di atas ialah orang yang bersumpah menggunakan nama Allah secara tidak sengaja (tidak ada niat dalam hati) tidaklah dianggap berdosa. Melainkan sekiranya sumpahnya itu disertai dengan niat dalam hati maka orang yang sedemikian hendaklah bertaubat kerana Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Pengajaran yang boleh diambil….

Pengajaran daripada ayat 224-225, sumpah adalah sesuatu perkara yang sangat mahal dalam Islam. Justeru itu janganlah sekali-kali mempermain-mainkan sumpah atau bersumpah walaupun hanya dengan isu yang kecil dan remeh, menyebabkan orang akan memandang rendah terhadap sumpah seseorang.
Kata Imam as-Syafie rhm, “ Aku tidak pernah bersumpah baik pada yang benar atau pun pada yang dusta ”

Samala keadaannya yang sedang hangat diperkatakan sekarang Dato’Seri Anwar Ibrahin dan ‘Datuk T’. Jom teruskan bacaan anda di pendedahan video seks Anwar dan Eskay menjadi wakil untuk tuntutan sumpah bagi ketiga-tiga Datuk T


Eskay ketika ditemuramah

video part 2

Wednesday, April 27, 2011

BAS SHAMISHA & Aku



Wajah bas Shamisha..;-)


Sejak akhir-akhir ini seringkali saya mendengar orang bicarakan tentang pengorbanan? Ada apa dengan pengorbanan? Macam ada apa dengan cinta lak..;-)..
Alhamdulillah kampung halaman dah dijenguk..
taman bunga dah disiram..
rumah dah dihias..

Pejam celk pejam celik, lima hari berada di rumah, tiba masanya kembali ke bumi UKM..
Perjuangan dan tuntutan terhadap diri ini mesti ditunaikan sekalipun hati meronta untuk terus menetap di kampung beberapa hari lagi.. Itulah yang dinamakan PERNGORBANAN. Tetapi sejauhmana pengorbanan kita terhadap agama Islam ini berbanding pengorbananan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat. Jika kita telusuri  jalan dakwah Rasulullah, kita akan dapati betapa sukar dan payahnya untuk menikmati dan menyebarkan Islam berbanding hari ini. Tetapi sejauhmana umat Islam zaman sekarang mengetahui sedemikian? kesusahan Rasulullah dalam memberi kita merasai nikmat iman dan Islam, adakah kita menggunakan segala kemudahan yang ada pada ketika ini sebagai medium dakwah?

Bercakap pasal pengorbanan ini, ada satu kisah ketika mana saya dalam bas Shamisha Holdings tiket berharga rm53 dari Baling ke Kajang, saya ternampak seorang Pak Cik ni di lampu isyarat sambil memegang iron board. Padahal dia hanya naik motosikal sahaja dikala waktu itu hujan turun. Terus terdetik di hati saya, Ya allah besarnya pengorbanan seorang ayah sanggup meredah hujan membawa iron board untuk keluarganya. Jika difikirkan secara logik akal, iron board itu bukanlah satu perkara yang penting. Tetapi kerana ia menjadi keperluan kepada keluarganya, dia sanggup meredah hujan membawa balik barang tersebut untuk keluarganya. Terus hati ini sayu mengenangkan arwah Abah. Mungkinkah begitu sewaktu arwah Abah ada..bersusah payah menjaga dan membesarkan kami adik beradik, mencari rezeki dan memastikan keselesaan buat anak-anaknya..Sayunya hati ini.

Nah! Sekarang waktu kita pula untuk membuktikan bahawa segala pengorbanan ibubapa kita selama ini tiada sia-sianya. Buktikan! Salurkan pengorbanan kita itu kepada jalan dakwah seperti jalan yang sudah diajar oleh Rasulullah. Kitalah penyambung warisan dakwah ini. Jangan biarkan hanya kita sahaja yang menikmati nikmat iman dan islam ini, sehingga mengabaikan orang sekeliling yang dahagakan makanan rohani untuk sama-sama menikmati kemanisan iman. Dan! Tanpa kita sedari, saham kebaikan yang kita lakukan pasti akan disalurkan juga kepada ibu bapa yang telah melahirkan insan yang hebat seperti anda!