Pages

Monday, February 7, 2011

Dimana Daie Muda???

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم

Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”.
[Muslim no. 49]

Hadis di atas menerangkan pada kita tentang kewajipan untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Seringkali kita mendengar keluhan daripada sahabat-sahabat
  
“ aku tak mampu untuk tegur, cegah lam hati jela”.

Persoalan di sini, sampai bila kita harus menunggu kemampuan itu hadir dalam diri kita. Sehingga perkara kemungkaran tersebut merebak dengan lebih meluas dalam hati masyarakat??? Jawapan pada kita. Samada kita hendak atau tidak. The decision is yours.

Pelajar dakwah berdating sambil pegang tangan?? Pelajar dakwah membonceng motor dengan perempuan?Pelajar dakwah selalu ponteng kelas. Dan macam-macam lagi keluhan. Artikel ini dikeluarkan sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada kita sebagai pelajar yang membawa ikon dakwah itu sendiri. Penulis sedia maklum kita semua mesti sudah fahami maksud ‘dakwah’ itu sendiri yang membawa makna menyeru, mengajak ke arah amar maaruf nahi mungkar?? Bagaimana pengaplikasian dakwah dalam diri kita? 

“ Aku tak nak jadi hipokrit la, ini aku.”

Ya , kita tidak seharusnya menjadi hipokrit. Tetapi salahkah untuk kita menjadi hipokrit demi kepentingan agama?. Sedarkah kita sikap kita yang begitu membawa kita terus jauh daripada Allah SWT. Sedar tak sedar kita semua sudah mencapai usia kematangan. Tetapi matangkah kita dalam menghadapi mehnah dan qadaya dalam kehidupan. Sebagai seorang mahasiswa kita harus cakna dengan situasi semasa, dengan masalah-masalah sosial, masalah pendidikan.


Khususon lil muslimin.

Sabda Rasulullah saw :

"كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، اَلإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِى أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا."

Bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

Penulis sedikit terkilan dan bimbang dengan sahabat-sabahat muslimin. Kebimbangan penulis disebabkan keprihatinan kepada semua sahabatnya. Anda adalah muslimin yang sejati, yang mantap akhlaknya, yang gagah perkasa yang bersemangat waja. Andai semua kelebihan antum disumbangkan kepada Islam alangkah untungnya Islam. Peranan kita sebagai mahasiswa di bumi UKM ini bukan sekadar belajar dan terus belajar tetapi kita harus belajar untuk amal islami serta membantu gerak kerja dakwah yang terdapat di bumi UKM ini. Anda adalah pemimpin kepada kaum wanita. 

Bangkitlah syabab!!!

Kaum wanita memerlukan syabab yang sentisa inzar kepadanya tentang dosa dan pahala.
“aku tak layak, ramai lagi yang layak. Ilmu pon xde”.
Masyallah inilah keluhan yang penulis sangat benci untuk dengarnya. Bangun ya syabab!!.. sampai kapan kita harus dan terus merendah diri sebegitu. Cabar potensi diri anda. Anda boleh sebenarnya. Yakin dan percaya dengan pertolongan Allah. Allah tak akan pernah biarkan kita keseorangan dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah. Ini semua atas kita. It’s up to you. Anda yang menentukan halatuju diri anda samada ke arah kebaikan atau kerosakan.



Khususon lil muslimat yang cantik rupawan.

Wanita adalah perhiasan dunia. Wanita juga fitnah besar di dunia. Seorang lelaki itu boleh tersungkur hanya kerana seorang wanita. Seorang lelaki itu juga boleh menjadi hebat kerana seorang wanita. Betapa hebatnya penangan seorang wanita. Sebagai ikon muslimat dakwah penulis yakin dan percaya anda faham bagaimana seorang muslimat boleh menyumbangkan sesuatu kepada Islam. Sejarah-sejarah Islam banyak mengisahkan para mujahidah-mujahidah yang solehah seperti Khaulah Al-Azwar, Saidatina Khadijah, Masyitah dan sebagainya. Persoalannya? Tidak pernahkah terlintas di hati kita untuk menjadi seperti mereka? Adakah idola kita hanya SITI and the gang yang pakai tudung pon macam tak nak pakai.

Firman Allah : Lazimnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
(An-Nur : 26)

Penulis bukan berniat untuk menyindir, tetapi sebagai peringatan kita bersama. Jagalah aurat seorang muslimah dengan sebaik-baiknya. Penulis sangat-sangat berharap muslimat dakwah faham bagaimana pemakaian seorang muslimah sebenarnya. Tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah yang betul-betul menepati syariat. Labuh di bahagian dada, longgar, dan tidak nipis.

Akhir kata daripada penulis, salam seinfiniti kemaafan dari dasar hati andai helaian ini mengguris hati sesiapa yang membacanya. Tujuan penulis hanyalah untuk menegur kesalahan dan sama-sama mengejar redhanya. Penulis tidak mahu mengejar cinta Rabbi bersendirian, tetapi biarlah secara berjemaah. Alangkah indahnya sekira semua sahabat-sahabat dakwah menjadi penggerak utama dalam gerak kerja dakwah. Ayuh syabab wa syababaatt.!!!!


Allah Bersamamu
Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Takwalah pada Allah agar Allah memudahkan
sgala urusan dan perjuangan kita
sungguh Allah kan bersama yang berjihad di jalan-Nya
sungguh Allah Maha Kuat dan Perkasa

Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Keadilan yang kita perjuangkan
Kesejahteraan yang kan kita wujudkan
Membutuhkan keimanan serta keikhlasan
Dalam meniti jalan keridhoan

Allah pasti kan bersamamu
bila kau selalu bersama-Nya
Allah pasti kan menolongmu
bila kau menolong agama-Nya

Amalkan syariat-Nya tuk mendapat balasan-Nya
Keikhlasan tuk tegaknya keadilan
Keadilan di bumi nusantara
Untuk masyarakat adil sejahtera

~~biar hidup berbakti walau tak dipuji~~